Khamis, 8 Oktober 2015

Menjana Kuasa Dari Wap Air?

Kereta mini yang digerakkan menggunakan wap air (kelembapan udara) dan bakteria.
Bila dikatakan tentang penjanaan kuasa kita terbayangkan sesuatu yang memerlukan kos yang tinggi, sumber yang sukar di perolehi dan sebagainya. Namun seperti juga lain-lain teknik yang kita ada pada hari ini adalah segalanya berpunca daripada penemuan idea-idea kreatif pengolahan daripada sumber alam.

Penjanaan tenaga menggunakan wap air, seperti yang kita pernah lihat sebelum ini dilakukan oleh Delf University untuk menghasilkan elektrik. Namun hari ini kita akan melihat satu lagi kaedah penjanaan yang kreatif dengan gabungan penggunaan bakteria.

Sebuah engin yang menggunakan wap air untuk membolehkan spora bakteria ‘Bacillus subtilis’ yang mengembang dan menguncup apabila bertindakbalas dengan wap air tersebut. Tindakbalas ini digunakan untuk menggerakkan roda – seperti yang terdapat dalam ujikaji makmal, untuk menggerakkan kenderaan kecil dan juga menyalakan LED.


Bagaimana roda berputar.

Memasang jalur pita pada roda.

Hasil kajian ini dilakukan oleh pengkaji dari University Colombia iaitu Xi Chen dan rakan setugasnya yang berpendapat kaedah penjanaan tenaga menggunakan kelembapan udara ini jarang digunakan.

Dalam kajian ini ribuan lapisan spora bekteria diletakkan di atas pita yang akan mengembang dan menguncup yang mengakibatkan pergerakan pada roda yang dihasilkan. Pergerakan ini dinamakan sebagai “Hygroscopy Driven Artificial Muscles, atau HYDRAs” Oleh Chen dan rakannya.


Ia adalah satu lagi idea kreatif dalam penghasilan tenaga yang berpotensi untuk diberikan perhatian terutamanya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Semoga dengan ini, lebih banyak idea kreatif akan dihasilkan untuk penghasilan tenaga selain bergantung kepada bahanapi fosil yang agak mahal, menyebabkan pencemaran dan semakin berkurangan.







Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog