Halaman

Jumaat, 9 Oktober 2015

Era Motorsikal Elektrik Dengan Zero

Zero menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Perlumbaan untuk menghasilkan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik semakin pesar dilakukan bukan sahaja untuk kereta malah juga motorsikal. Walaupun kereta mendapat tumpuan yang lebih, namun motorsikal elektrik juga tidak kurang hebatnya dalam perlumbaan ini.

Zero Motorcycles Inc. adalah pengeluar motorsikal elektrik dari America yang pada mulanya dikenali sebagai Electricross bermula pada tahun 2006 lagi oleh bekas jurutera NASA iaitu Neal Saiki dan berpusat di Santa Cruz, California. Kini syarikat ini telah berpindah ke Scotts Valley, California.

Berbeza dengan syarikat-syarikat motorsikal lain, Zero hanya menghasilkan motorsikal yang menggunakan tenaga elektrik dengan beberapa siri iaitu S dan SR (street), manakala DS dan FX (dual-sport).

Syarikat ini telah mengeluarkan motorsikal untuk kegunaan di jalan raya semenjak 2009 lagi. Ia kemudiannya berkembang sehingga 4 model kesemuanya menjelang 2015. Kesemua motorsikal yang dihasilkan Zero menjalani ujian dan pemeriksaan yang ketat setanding motorsikal yang dihasilkan oleh jenama terkemuka yang lain seperti Ducati mahupun Honda. Kesemua motorsikal ini juga dipasang menggunakan tenaga manusia berbanding robot dan mesin.


Zero kelihatan seperti motorsikal biasa.

Zero Z-force.

Antara ujian yang perlu dilalui untuk memastikan keselamatan pada baterinya adalah 15 minit “water test” untuk memastikan bateri mampu bertahan untuk berada dalam keadaan cuaca hujan ribut. Bateri tersebut juga dikatakan mampu bertahan untuk 400,000 batu an jaminan syarikat dikeluarkan untuk jarak 50,000 batu untuk kelas FX, manakala sehingga 5 tahun atau 100,000 batu untuk kelas S, DS dan SR.

Dari segi keupayaan motorsikal keluaran Zero juga tidak akan mengecewakan anda di mana bagi kelas SR ia mempunyai persamaan dengan 67 kuasa kuda atau torque 106 ft/lb. Dengan berat dibawah 400 pound ia mampu memecut dari 0 ke 60 mph pada 3.3 saat dan mempunyai kelajuan maksima sehingga 102 mph.

Namun begitu harga Zero adalah sedikit lebih mahal berbanding motorsikal menggunakan enjin biasa. Sekiranya dibandingkan dengan Ducati Monster 821 misalnya yang mempunyai berat yang hampir sama mempunyai 112 kuasa kuda dan torque 66 ft/lb adlah berharga $11, 495.00 manakala Zero SR’s pula adalah $17,345.00

Perbezaan harga ini bagaimanapun masih memihak kepada Zero yang memerlukan kos selenggara yang lebih murah dan tidak menghasilkan pencemaran sepertimana enjin yang menggunakan bahanapi petrol.

Namun begitu ia juga mempunyai pencabar-pencabar terdekat seperti Victory Impulse (juga dikenali sebagai Brammo), manakala dari nama-nama terkenal pula seperti Harley-Davidson LiveWire dan Yamaha dengan PES1 dan PED1.


Mungkin anda tidak akan memiliki motorsikal elektrik ini dalam masa terdekat, namun ia merupakan kenderaan yang akan menguasai jalanraya kita suatu masa nanti. Semoga kita lebih bersedia dengan peralihan bentuk tenaga ini dan dalam masa yang sama berfikir untuk kaedah yang lebih kreatif untuk kenderaan masa akan datang.


1 ulasan:

  1. Those were some beats bikes that I saw in your post and absolutely fell in love with them. I cannot understand the language of the article but the pics were amazing.

    BalasPadam