Sabtu, 19 September 2015

Rangkaian Satelit Samsung Untuk Internet Berkelajuan Tinggi Seluruh Dunia

Penggunaan satelite merupakan kaedah terbaik untuk internet seluruh dunia.

Dengan kepesatan dunia perhubungan digital melalui rangkaian internet, satu keperluan penting adalah rangkaian yang menyediakan kemudahan data berkelajuan tinggi. Ini kerana teknologi yang terus membangun tidak bermakna, sekiranya ia tidak boleh digunakan oleh ramai, penggunaan seperti 4K video yang hanya boleh diakses oleh hanya segelintir populasi di dunia. Sedangkan 8K video sudah mula berada di pasaran.

Bagi pengeluar-pengeluar barangan elektronik terutama telefon dan TV, kekurangan pengguna akan menjejaskan pengeluaran barangan mereka. Keadaan ini bagaimanapun merupakan satu peluang besar bagi syarikat-syarikat gergasi untuk menyediakan kemudahan rangkain internet berkelajuan tinggi kerana masih ramai yang memerlukan keperluan tersebut.

Perlumbaan ini menjadi amat sengit di mana syarikat-syarikat yang menceburkan diri di dalam perlumbaan ini semakin bertambah dengan teknologi masing-masing untuk membekalkan sejumlah 4.6 billion penduduk dunia yang tidak mempunyai sambungan ke internet. Google antara pelopor dalam arena ini menggunakan belon udara panas dan kini bekerjasama dengan SpaceX untuk melancarkan satelit pula. Facebook, tampil menggunakan drone yang menggunakan kuasa solar yang akan mengelilingi dunia bergilir-gilir. Tidak ketinggalan Richard Branson yang turut melancarkan OneWeb untuk tujuan ini.

Analisa penggunaan data.

Kelajuan pemindahan data.

Samsung pula, baru-baru ini membentangkan cadangan baru iaitu melancarkan sejumlah 4,600 satelit ke orbit untuk membolehkan data sebanyak 200GB dibekalkan kepada sehingga 5 billion manusia setiap bulan. Ia merupakan satu cadangan yang lebih agresif berbanding dengan pesaing-pesaingnya yang lain.

Melalui analisa Samsung yang mendapati, keperluan bulanan data yang semakin bertambah akan mencapai lebih dari 100 kali ganda sehingga satu Zettabyte (1 billion terabytes) menjelang 2028. Ia merupakan langkah awal yang baik kerana penyediaan infrastruktur ini tentunya memakan masa beberapa tahun untuk disiapkan – dan dengan langkah ini, peralatan dan rangkaian dapat dipadankan dengan lebih baik (untuk video HD, 4K dan 8K).

Bagi membolehkan rangkaian satelit ini beroperasi dengan lebih baik, satelit Samsung ini tidak ditempatkan di ‘geostationary orbit’, iaitu sekitar 36,000 km (22,000 mi) seperti satelit-satelit komunikasi yang lain. Ini kerana jarak tersebut adalah terlalu jauh dan akan melewatkan capaian data. Sebaliknya, Samsung mencadangkan satelitnya akan berada pada jarak 1,400 km (900 mi) sahaja dari permukaan bumi. Kaedah ini dapat menyediakan trafik yang lebih baik berbanding talian optik yang bersimpang-siur.


Rangkain perhubungan satelit.

Walaupun kebiasaan nya sistem satelit komunikasi di ‘geostationary’ hanya memerlukan 3 satelit untuk merangkumi keseluruhan bumi, Samsung bagaimanapun akan menggunakan satelit yang lebih murah dengan menghasilkan angkatan satelit secara besar-besaran sehingga 4,600 buah, di mana setiap satunya berkeupayaan menyediakan rangkaian berkelajuan terabit. Melalui rangkaian ini juga ia boleh berfungsi dengan lebih baik walaupun di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.


Walaupun ia masih di peringkat cadangan, namun perlumbaan ini menampakkan satu persaingan yang amat berpotensi untuk menjadi kenyataan. Sekiranya Samsung meneruskan perancangan tersebut kemungkinan ia akan menjadi penyedia rangkaian data terbesar adalah amat tinggi. Namun begitu anda mungkin sedang memikirkan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi Samsung dalam menyempurnakan impiannya ini.


Anda perlu merujuk artikel: Facebook dan Internet Untuk Semua



Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog