Ahad, 27 September 2015

Destinasi – Hotel Terapung di Zanzibar, Tanzania

Penginapan terapung yang unik di Manta Resort.

Tanzania satu destinasi penting di Afrika kerana banyak produk-produk pelancongan di sini yang berasaskan alam seperti yang paling terkenal adalah penghijrahan besar-besaran wilderbeest di Taman Negara Serengeti. Maka tidak hairanlah mengapa hotel yang menarik ini berada di sana.

Hotel terapung ini tidak seperti hotel-hotel yang lain, kerana terdapat tida lapisan berbeza yang memberikan anda pengalaman menarik ketika menginap di sini. Anda boleh menikmati pemandangan dasar laut melalui bahagian bawahnya yang tembus keluar. Dari sini jelas kelihatan ikan-ikan berenang di sekitar kawasan terumbu.

Bahagian tengahnya pula merupakan deck pendaratan pada aras laut. Merupakan bahagian lauge serta kemudahan bilik mandi. Terdapat tangga untuk ke bahagian atas di mana ia merupakan kawsan rehat untuk menikmati simbahan pancaran matahari. Di waktu malam pula ia akan menjadi tempat di mana anda boleh melihat pemandangan langit tanpa pencemaran cahaya yang mengganggu. Anda juga boleh memilih untuk tidur berbumbungkan langit.





Berbalik ke bahagian bawah bilik ini, anda boleh melihat spesis-spesis penting hidupan air di kawasan ini kerana ianya dapat memberikan hampir 360 darjah pemandangan. Kumpulan ikan-ikan terumbu karang yang terdiri dari pelbagai spesis. Anda juga mungkin tidak menyangka ada ikan yang menjadikan kawasan berhampiran penginapan anda sebagai tempat tinggal bagi mengelakkan pemangsa.
Terdapat lampu limpah (spotlight) di setiap tingkap tinjau di bahagian bawah bagi membolehkan anda melihat keadaan di dasar laut pada waktu malam. Ia juga turut membantu menarik perhatian beberapa spesis yang jarang anda temui seperti sotong (squid dan octopus) malah spesis yang dikenali sebagai ‘spanish dancers’. Ini kerana hidupan-hidupan ini sukar melepaskan daya tarikan tersebut – dan ia akan memberikan anda peluang melihatnya dari dekat.
Binaan ini dibina menggunakan teknologi dari Sweeden yang sungguk unik, kerana ia bukan sahaja terapung di permukaan laut, malah binaan dan fungsinya yang unik memberikan anda kepuasan sepanjang penginapan anda di sini.


Dikenali sebagai Manta Resort, hotel ini terletak di Pulau Pemba pada jarak 250 meter dari pantai dengan kedalaman 12 meter (semasa air pasang). Ia merupakan kawasan terumbu yang dihuni oleh pelbagai spesis terumbu yang unik.
Untuk ke Pulau Pemba kaedah yang terpaling baik adalah menggunakan penerbangan ‘charter’ berjadual oleh beberapa syarikat penerbangan pada waktu pagi dan petang melalui dua lapangan terbang iaitu Zanzibar dan juga Dar es Salaam. Antara laluan yang biasa untuk ke sini adalah Zanzibar – Pemba yang dikendalikan oleh syarikat seperti;
* Zanair – 2 penerbangan sehari.
* Coastal Air – 2 penerbangan sehari.
Terdapat pelbagai syarikat penerbangan antarabangsa menuju ke Zanzibar dan dari sana anda bolehlah menempah tiket anda untuk ke Pemba di mana lokasi Manta Resort berada. Selain daripada keunikan terumbu karang di sekitar Manta Resort, Pemba juga menempatkan sejumlah keunikan untuk anda terokai. Jadi, ia merupakan persinggahan yang berharga.


Link-link berkaitan:

- Destinasi - Fairy Chimney Hotel, Turkey

- Destinasi - Hotel Kakslauttanen, Finland

- Destinasi – 98 Acre Tea field Hotel in Sri Lanka

- Destinasi – Amsterdam Zaandam Inntel Hotel, Netherlands

  
Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog