Pencakar Air atau ‘Water Stiders’ dari family Gerridae terkenal kerana kemampuannya untuk bergerak di atas air dengan menggunakan reganggan permuakan air (surface tension). Ia merupakan slah satu keistimewaan dunia serangga yang dikagumi di dalam alam dan juga merupakan punca mengapa robot seumpamanya cuba direka oleh beberapa penyelidik terkemuka.
Di dalam alam semulajadi ‘pencakar air’ kebanyakannya memilih kawasan berair tawar di mana 90% dari spesis Gerridea adalah serangga air tawar dan hanya spesis Halobates merupakan serangga air masin. Ia merupakan antara serangga yang dikaji dengan terperinci antara tahun 1822 dan 1883 apabila Bhucanan-White mengumpulkan beberapa spesis hasil daripada ‘Challenger Expedition’.
Seperti juga bidang-bidang lain, serangga-serangga yang sekian lama mendapat tumpuan ini lebih mudah dikaji dengan adanya teknologi hari ini seperti mikroskop elektron yang membolehkan ciri-ciri seni serangga ini dilengkapi dengan peralatan-peralatan lain untuk melengkapkan lagi kajian yang dijalankan.
Baru-baru ini kumpulan pengkaji berjaya menghasilkan robot yang mampu melakukan pergerakan di atas air sama seperti pencakar air, malah robot ini dapat melakukan pergerakan yang sama seperti serangga tersebut. Ia merupakan antara kejayaan terbaru dalam reka-bentuk mikro robot yang dihasilkan oleh beberapa pembuat selama ini seperti Festo, ReconRobotics, iRobot, Robotnik, Hexbug, dan lain-lain lagi untuk pelbagai jenis kegunaan termasuk permainan.
Rekaan ini adalah hasil daripada kajian yang dilakukan oleh saintis daripada Seoul National University, Harvard’s Wyss Institute for Biologically Inspired Engineering, dan juga Havard John Paulson School of Engineering and Applied Sciences.
Bagi mengenalpasti kelakuan serangga unik ini Ho-Young Kim, merupakan Wyss Institute Visiting Scholar bekerjasama dengan Eunjin Yang, graduan dari SNU’s Micro Fluid Mechanics lab untuk mengumpulkan sejumlah ‘pencakar air’ dan mengambil sejumlah video bagi mengenalpasti dan mengkaji mekanisma yang membolehkan serangga tersebut bergerak dan melompat daripada permukaan air.
Daripada pemerhatian ini didapati permukaan air perlu ditekan pada kelajuan yang betul dengan jumlah yang tepat sehingga pada kedalaman yang betul untuk membolehkan lompatan. Manakala serangga ‘pencakar air’ ini dapat melakukannya tanpa sebarang kecacatan – Kyu Jin Cho, Associate Professor, Department of Mechanical and Aerospace Engineering juga merupakan Director, Biorobotics Laboratory di Seoul National university.
Ia merupakan salah satu lagi contoh adaptasi dari alam dalam rekaan manusia. Ia bukanlah bertujuan untuk mencipta robot yang mampu menggantikan serangga sebenar, namun memahami bagaimana ia memanipulasikan unsur-unsur lain (dalam rekaan ini adalah tekanan permukaan air) yang mungkin boleh dimanfaatkan untuk keperluan yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan