Ahad, 16 Ogos 2015

Kehebatan Dunia Kejuruteraan Millau Viaduct

Millau Viaduct, jambatan merentasi lembah yang menakjubkan.

Antara Jambatan gantung yang mendapat perhatian di dunia adalah Millau Viaduct (French: le Viaduc de Millau) yang siap dibina pada awal tahun 2000 iaitu pada tahun 2004. Walaupun tidak muncul sebagai jambatan gantung tertinggi di dunia, Millau Viaduct mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk kekal unik sebagai antara yang terbaik dan tercantik.

Jambatan ini dibina bagi merentasi Lembah ‘River Tarn’ di Daerah Millau-Creissels, France dengan kepanjangan jambatan adalah 2,460 meter. Tinggi maksima lantai jambatan dari tanah adalah 270 meter dengan tiang jambatan terpaling tinggi berukuran 343.0 meter (1,125 kaki). Jambatan ini adalah sebahagian daipada jalan yang menghubungkan antara Paris ke Béziers dan Montpellier.

Millau Viaduc,t hasil rekaan dan kejuruteraan tinggi.
Proses pembinaan tiang jambatan.

Menelan belanja hampir €400 juta ianya adalah hasil rekaan jurutera Perancis iaitu Michel Virlogeux dan arkitek terkenal British Norman Foster (juga merupakan arkitek untuk Bangunan 30 St Mary Axe, London dan HSBC, Hong Kong). Jambatan yang mula dibina pada tahun 2001 ini siap sepenuhnya pada 14 Disember 2004 dan dibuka pada 16 Disember kepada kenderaan.

Apa yang menarik mengenai jambatan yang merentasi lembah Tarn ini adalah pemandangannya yang memukau terutama apabila keadaan berkabus. Jambatan ini dibina bertujuan mengurangkan kesesakan di antara laluan menuju ke Spain menjelang musim panas dan mengurangkan jumlah kenderaan di Bandar Millau.

Satu lagi keistimewaan jambatan ini adalah tiangnya yang terpaling tinggi (dikenali sebagai P2) turut merupakan struktur tertinggi gi Perancis dengan mengatasi ketinggian Eiffel Tower.

Pemandangan dari lembah.

Syarikat yang menguruskan pembinaan jambatan ini iaitu Eiffage Group dibenarkan menyelia dan mengutip toll selama untuk tempoh 75 tahun. Toll untuk menyeberangi jambatan ini adalah berharga €7.50 bagi kenderaan ringan (€9.40 bagi bulan-bulan sesak di antara Julai dan Ogos).


Millau Viaduct merupakan satu lagi kejayaan dunia kejuruteraan yang mencetuskan lebih banyak lagi pembinaan yang memerlukan hasil kejuruteraan tinggi dibina. Sehingga kini, jambatan-jambatan gantung tertinggi lain telah banyak dibina menjadikan Millau Viaduct bedara di tangga ke-15 di dunia. 


Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog