Horsefly mempunyai kemampuan penerbangan terpantas dalam dunia serangga. |
Serangga biarpun kecil memainkan peranan penting dalam ekosistem dari
sekecil-kecil hama hinggalah kepada serangga terbesar iaitu kumbang Goliath.
Mungkin ada yang menganggap serangga ini sebagai pembawa penyakit dan mengganggu.
Namun begitu tanpa serangga juga banyak perkara di dalam alam ini akan
terganggu dan boleh membawa masalah yang besar juga.
Hari ini kita ingin melihat tahap kepantasan serangga-serangga ini dan
mungkin ia berkait rapat dengan fungsinya juga di dalam ekosistem secara tidak
langsung anda boleh mengetahui juga sejauh manakah kepantasan yang anda
perlukan untuk menangkap serangga-serangga ini.
1) Horsefly
Sesuai dengan namanya, horsefly merupakan serangga yang terpaling pantas
dengan kemampuan terbang pada kelajuan 145
km/j mempunyai taburan di seluruh dunia. Serangga ini menghabiskan waktunya
di dalam bentuk larva selama 1 – 2 tahun dan meluangkan masa dewasanya sebagai
lalat dewasa untuk beberapa hari sahaja. Ia boleh membawa penyakit kerana
horsefly betina memerlukan darah seperti nyamuk sebelum ia bertelur – dan memindahkan
kuman semasa proses menghisap darah ini.
2) Black cutworm moth
Black cutworm mempunyai nama lainnya iaitu ‘Dark sword-grass’ boleh didapati hampir
di seluruh kawasan di dunia tetapi lebih banyak terdapat di kawasan bersuhu
sederhana di bahagian Utara dan Selatan. Kupu-kupu ini boleh terbang dengan
kelajuan sehingga 113 km/j. Namun
begitu ia dianggap musuh kepada petani kerana seekor beluncas kupu-kupu ini
memerlukan kira-kira 400 cm2 daun sebelum bertukar dewasa. Antara
tanaman yang boleh terjejas oleh kupu-kupu ini adalah jagung, kapas, tembakau,
bunga matahari, tomato, sugar beet dan kentang.
3) Green darner dragonfly
Pepatung ini antara lainnya merupakan serangga yang bermigrasi daripada
bahagian Utara Amerika hingga ke Texas dan Mexico berupaya terbang dengan
kelajuan 85 km/j. Ia juga merupakan antara pepatung dengan saiz yang besar
iaitu boleh mencapai panjang sehingga 76 mm (3 in) dengan bukaan sayap sehingga
80 mm (3.1 in). Semasa kecil ia tinggal di dalam air dan memakan serangga dan
haiwan-haiwan kecil di dalam air.
4) Deer botfly
Deer botfly juga dikenali sebagai ‘deer
nose bot’ merujuk kepada semua spesis daripada genus Cephenemiya merupakan serangga yang besar menyerupai bumblebee. Ia
perlu terbang mengelilingi kepala haiwan dari jenis rusa untuk meletakkan
larvanya pada hidung haiwan tersebut. Larva ini yang akan membesar di bawah
lidah haiwan tersebut dan akan keluar dan bertukar dewasa di dalam tanah (2 ke
3 minggu) sebelum bertukar kepada serangga dewasa. Untuk itu ia memerlukan
kepantasan penerbangan sehingga 80 km/j.
5) White-spotted prepona butterfly
Merupakan rama-rama yang mendiami kawasan hutan dan memiliki sayap yang
berukuran 50-58 mm. Ia juga dikenali dengan naman Archaeoprepona amphimachus mempunyai beberapa sub-spesis yang lain.
Rama-rama ini merupakan rama-rama terpantas dengan kelajua penerbangan pada 80 km/j dan didapati di sekitar Mexico
ke Bolivia.
6) Brown planthopper
Kupu-kupu ini merupakan serangga yang terdapat di Australia dan Asia dan
menjadikan tumbuhtumbuhan sebagai makanannya termasuklah padi (Oryza sativa L.)
dan apa yang menjadikan ia merbahaya kepada padi adalah kerana ia membawa virus
yang boleh merosakkan tanaman tersebut. Negara-negara yang terlibat dengan
serangan brown planthropper termasuklah Australia, Bangladesh, Bhutan, Burma
(Myanmaar), Cambodia, China, Fiji, India, Indonesia, Japan, North and South
Korea, Laos, Malaysia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Sri
Lanka, Taiwan, Thailand, dan Vietnam. Kupu-kupu ini mempunyai keupayaan terbang
pada kepantasan 80 km/j.
7) Regent Skipper
Regent Skipper juga dikenali sebagai Euschemon
rafflesia bersempena nama Sir Stamford Raffles merupakan rama-rama yang
terdapat di Australia boleh mencapai saiz sehingga 54 mm hingga 61 mm. Rama-rama
dewasa akan bertelur di bawah daun yang akan menjadi makanan anaknya nanti.
Beluncas-beluncas ini pula akan meluangkan masa untuk makan pada waktu malam
dan tinggal di dalam dua daun yang disambungkan menggunakan sutera. Kelajuan
penerbangan rama-rama Regent Skipper adalah mencapai 60 km/j.
8) Death’s-head hawkmoth
Merupakan spesis kupu-kupu dengan tabiat yang berbeza iaitu menyerang
koloni lebah untuk mendapatkan madu. Mempunyai rupa-bentuk yang mudah dikenali
kerana terdapat tanda seakan-akan tengkorak manusia di bahagian atas badannya.
Terdapat di beberapa kawasan dengan berlainan spesis iaitu di Eropah, Timur
Tengah dan Afrika. Ia mampu menyelinap ke dalam koloni lebah kerana mempunyai
kemahiran unik iaitu memiliki bau yang sama seperti lebah. Kelajuan penerbangan
kupu-kupu Death’s-head hawkmoth adalah sekitar 53 km/j.
9) Asian giant hornet
Hornet merupakan serangga pemburu dan menjadikan lebah dan
serangga-serangga lain sebagai sasarannya. Ia turut berbunuhan sesama sendiri
selain daripada berkemampuan membunuh lebah-lebah dengan rahangnya yang kuat.
Seekor hornet dari spesis ini mampu membunuh 40 ekor lebah dalam masa seminit.
Ia juga mampu terbang sejauh 100 kilometer sehari dengan kelajuan sehingga 40 km/j.
10) Desert locust
Belalang padang pasir (Schistocerca gregaria) sememangnya terkenal sebagai musuh
utama tanaman di kawasan-kawasan Afrika, Timut Tengah dan Asia kerana
kemampuannya memusnahkan tanaman dan tumbuhan dalam tempoh yang singkat. Malah
ia juga turut memakan segala bahagian tumbuhan yang terdiri daripada tanaman
dan tumbuh-tumbuhan liar. Serangan belalang ini dianggap salah satu bencana
yang serius dan mendapat perhatian antarabangsa. Belalang ini mampu terbang
pada kelajuan 33 km/j.
Itulah dia sebahagian serangga dan kepantasan penerbangan masing-masing.
Walaupun ia membawa masalah kepada manusia kerana merosakkan tanaman, mungkin
ia mempunyai kebaikan tertentu yang tidak kita ketahui. Apa yang penting,
semakin kita mengenalinya, semakin kita berkeupayaan untuk mengawal atau
memanfaatkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan