Radio Transistor Regency TR-1 pada tahun 1954. |
Peralatan pemain muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia, semenjak manusia -mencipta peralatan pertama iaitu radio, peralatan ringkas tersebut terus berubah dari semasa ke semasa dalam memperbaiki saiz, kemudahan serta kualitinya dalam memberikan hiburan muzik kepada manusia.
Muzik sememangnya mempunyai kaitan rapat dengan manusia. Bunyi-bunyian yang harmoni dapat memberikan ketenangan, mengembalikan kenangan, memeriahkan suasana, menjadi sebahagian hiburan dan memberikan ilham/idea. Hubungan rapat manusia dan muzik dapat dilihat bagaimana manusia sering menghasilkan bunyian sendiri (humming) sebagai tanda keperluan kepada muzik.
Transistor Radio
Rekaan pertama yang memberikan kemudahan kepada manusia untuk menikmati muzik dengan lebih mudah adalah radio transistor. Antaranya radio transistor pertama yang dihasilkan adalah Regency TR-1 yang dihasilkan pada tahun 1954. Mempunyai rupa bentuk yang ringkas dengan saiz berukuran 3” X 5” 1.25” mempunyai “tuner” ringkas untuk radio AM. Mungkin sekarang anda tidak lagi mendengar perkataan AM atau “Amplitude Modulation” ini.
Walaupun mempunyai kualiti muzik yang asas, dan hanya dilengkapi dengan satu speaker mono ia dipasarkan pada harga $49.95 pada waktu itu atau bersamaan dengan $325 dengan nilai hari ini.
Pemain Piring Hitam
Pemain piring hitam bersaiz kecil. |
Bagi membolehkan manusia mendengar muzik mengikut selera masing-masing rekaan piring hitam merupakan satu langkah awal bagi rekaan-rekaan lain yang berikutnya. Walaupun saiznya agak besar pada waktu itu, versi mudah alih (portable) seperti KLH Model 11 yang dihasilkan oleh Henry Kloss pada tahun 1962 merupakan peralatan yang amat memberikan kesan kepada senario peralatan muzik.
Mempunyai rekaan seakan-akan beg baju (suitcase) ia lebih mudah dibawa ke mana-mana selain dilengkapi dengan sistem amplifier ber-transistor stereo. Namun begitu ia memerlukan sumber kuasa A/C.
Pita Rakaman
Pita rakaman atau “cassette tape” membuka dimensi baru dalam rekaan peralatan ‘stereo peribadi’ kerana bermulanya rekaan peralatan muzik mudah alih yang lebih drastik. Syarikat barangan elektrik terkenal Phillips pada tahun 1965 menghasilkan ‘Phillips Compact Cassette’ dan ‘Norelco Carry-Coder 150’yang pada mulanya hanyalah untuk membuat sebarang rakaman suara – seperti temuramah.
Ia merupakan peralatan yang menggunakan kuasa daripada bateri dan boleh di bawa kemana-mana menggunakan pita rakaman bersaiz 1/8-inch. Penggunaan pita rakaman ini bertukar apabila Mercury Records menggunakan pita rakaman daripada Phillips untuk memasarkan lagu-lagunya dengan harga $6 seunit dan ia terus mendominasi dunia muzik selama 20 tahun berikutnya.
Walkman
Sony merupakan pengeluarkan walkman yang paling terkenal. |
Walkman mendominasi sistem peralatan muzik peribadi dan menjadi titik tolak kepada perubahan peralatan-peralatan berikutanya. Nama yang tidak asing lagi dengan peralatan ini adalah Sony yang terus mendominasi peralatan walkman sehingga era terakhir peralatan ini pada tahun 2000.
Bermula dengan model walkman TPS-L2 pada tahun 1979 Sony memperkenalkan model ini pada harga $274 dan mengeluarkan berjuta-juta unit diikuti dengan pelbagai model seterusnya. Walkman juga menggunakan pita kaset dan dilengkapi dengan ‘tuner’ radio.
Discman
Seperti juga walkman, discman membolehkan pengguna mendengar rakaman disc menggunakan sebuah peralatan yang kecil. Bagi era ini Sony juga merupakan salah salah satu pelopor yang mendahului dengan model Sony Discman D-50. Kualiti muzik yang terdapat pada CD merupakan kualiti terbaik yang cuba dikekalkan oleh peralatan muzik mudah alih sehingga kini. Selain daripada Discman peralatan stereo peribadi yang seiring dengannya adalah ‘mini-disc’.
Compast Disc merupakan peralatan yang seakan-akan peralatan piring hitam sebelumnya dengan perbezan ianya adalah digital. Mempunyai kualiti bunyi yang lebih baik dan bersaiz lebih kecil. Oleh kerana Compact Disc menyimpan data – ianya boleh digunakan untuk pelbagai fail digital selain muzik.
Peralatan Muzik Digital
Pemain muzik digital dengan pelbagai saiz. |
Peralatan digital pertama dihasilkan oleh SaeHan daripada Korea yang mampu membuat rakaman audio selama 32 minit. Peralatan ini menggunakan ‘Solid State Drive’ (SSD) dan merupakan peralatan audio digital terawal dan berada di pasaran pada tahun 1998. Menggunakan batteri NiMH ia mampu digunakan utuk tempoh selama 9 jam.
Peralatan muzik digital berubah dengan drastik dengan perubahan format muzik membolehkan saiz fail dikecilkan dan menggunakan tenaga elektrik yang kurang. Hari ini permain muzik digital seperti iPod nano hanya bersaiz beberapa cm sahaja dan turut disertakan dengan telefon-telefon pintar.
Peralatan muzik digital ini memudahkan pengguna bukan sahaja untuk mendengar muzik, malah membuat rakaman temuramah, mendengar rakaman pelajaran (motivasi/bahasa/latihan) mengikut kesesuaian pengguna sendiri. Lebih memudahkan, sekiranya anda tidak memerlukan peralatan lebih kecil, ia telahpun dimuatkan bersama telefon bimbit anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan