Ahad, 10 Mei 2015

Spanish Slug dan Spesis Menular

Spanish Slug very invasive
Spanish Slug mampu mengganda dengan pantas.

Spanish Slug (Arion vulgaris) merupakan hidupan yang sama seperti kumpulan ‘slug’ lain mungkin dianggap tidak membawa masalah, namun begitu ia merupakan satu spesies yang memberi kesan yang besar kepada ekosistem berikutan kemampuannya dalam mengganda dan mendominasi sesuatu kawasan baru dengan pantas.

Selain daripada mampu mengganda dengan lebih baik spesies ‘slug’ atau ada juga yang memanggilnya sebagai ‘lintah bulan’ ini mempunyai senarai pemakanan yang lebih luas berbanding dengan spesies-spesies yang lain. Menghasilkan lebih banyak lendiran yang menjadikan ia tidak menjadi pilihan pemangsa seperti burung, kumbang, ayam dan juga pemangsa-pemangsa ‘slug’ yang lain.

‘Spanish Slug’ merupakan spesies yang dikhuatiri akan mengancam bukan sahaja spesies-spesies ‘slug’ yang lain malah boleh mengakibatkan sektor pertanian mengalami kesan yang buruk. Menjadi antara fokus utama sebagai pengancam di UK dan juga termasuk di dalam senarai 100 hidupan penceroboh di dalam ‘Delivering Alien Invasive Species In Europe’ (DAISIE) membiak dan merebak dengan pantas ke serata Eropah dan kemungkinan ke US.

Other slug
Spesies-spesies 'slug' yang lain.

Berbeza dengan hidupan lain, Spanish Slug mampu membiak tanpa pasangan selain menghasilkan telur yang lebih banyak dari spesies-spesies lain iaitu 300 hingga 500 biji telur berbanding spesies biasa yang hanya bertelur pada jumlah 150 biji sahaja. Ia juga mempunyai pemakanan daripada daun tumbuhan, benda-benda mereput dan juga bangkai haiwan yang mereput. Jadi dengan sebiji telur Spanish Slug yang dibawa cukup untuk menjadikannya mengganda dengan pantas.

Ia bersaiz agak besar iaitu antara 7 – 15 cm disamping mempunyai warna yang agak terang dan kebiasaannya adalah kelabu kehijauan. Ia juga mempunyai daya tahan terhadap cuaca yang lebih tinggi. Spesies ini amat dibimbangi di UK malah juga di negara-negara lain di Eropah.

Spanish Slug
Walaupun mudah dikesan ia tidak digemari pemangsa.

Apa yang dilakukan oleh Spanish Slug adalah perkara biasa yang dilakukan oleh hidupan-hidupan yang lain iaitu membiak dan meneruskan kehidupan. Adakalanya aktiviti manusia yang menyebabkan hidupan-hidupan ini sampai ke merata tempat. Ia hanyalah satu contoh daripada pelbagai perkara yang berlaku di seluruh dunia bukan bagi haiwan sajaha malah tumbuhan – dan sering juga bakteria dan virus punca penyakit.


Jadi sekiranya anda melihat spesies-spesies baru terdiri dari haiwan atau tumbuhan, pastikanlah ianya adalah dari jenis asli tempatan. Sekiranya ia adalah hidupan baru kemungkinan ia boleh mendatangkan ancaman. 


Free Download





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog