Rama-rama ini boleh terbang bebas sama seperti rama-rama biasa. |
Perlumbaan dalam menggunakan teknologi sedia ada dan menghasilkan sesuatu yang baru terutama dalam bidang robotik memerlukan kepakaran dan imaginasi yang tinggi. Kepakaran jurutera dalam mengolah teknologi dan mengabungkannya dalam menjadikannya aplikasi yang lebih bermanfaat.
Festo iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan teknolgi menghasilkan beberapa robot menarik antaranya adalah rama-rama yang mampu terbang mirip seperti rama-rama sebenar. Ianya sukar dilakukan kerana ia memerlukan berat peralatan yang minima pada robot-robot ini. Selain itu juga rama-rama tersebut perlu terbang dengan bebas sambil mengelakkan perlanggaran di antara satu sama lain.
Robot rama-rama ini dibiarkan terbang bebas di ibu pejabat syarikat tersebut di Esslingen am Neckar, Germany. Bagi memastikan ia mempunyai berat yang minima, robot-robot ini dikawal dengan menggunakan kamera yang mengawasi kedudukan rama-rama tersebut meggunakan inframerah yang unik bagi setiap rama-rama tersebut berbanding menggunakan sensor yang memerlukan ruang yang lebih.
Data daripada kamera-kamera ini akan diproses di komputer pusat untuk mengawal pergerakan rama-rama yang kelihatan seperti melakukan penerbangan sendiri secara berasingan. Ia adalah satu jaringan yang lebih besar dalam mengawal robot-robot ini secara berasingan, dalam erti kata lain, kaedah yang sama boleh diapplikasikan untuk satu kegunaan yang lebih besar.
Apa yang menarik di sini kejayaan Festo dalam menghasilkan robot bersaiz kecil dan mampu terbang dengan bebeas memerlukan lebih dari sekadar kemahiran elektronik dan komputer sahaja. Rama-rama yang dipanggil eMotionButterflies ini dilengkapi dengan unit bekalan kuasa dan litar yang sekecil mungkin bagi membolehkannya kelihatan seperti rama-rama biasa.
Terdapat beberapa lagi rekaan unik robot-robot mini oleh Festo. Bagi yang berminat bolehlah membuat tinjauan menarik hasil-hasil rekaannya yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan