Halaman

Rabu, 6 Mei 2015

Mikro Post: Ikan Terbang (Flying Fish)

Flying fish -flying
Ikan Terbang meluncur di atas permukaan laut.
Ikan terbang merupakan kumpulan spesis ikan yang mempunyai sirip ‘pectoral’ yang besar untuk membantunya meluncur di atas permukaan laut. Tinggal di perairan bersuhu panas di seluruh dunia dan mampu mencapai saiz sehingga 18 in (45 cm). Kebolehannya untuk terbang ini amat penting bagi membolehkan ia melarikan diri dari musuh yang terdiri dari pelbagai jenis hidupan laut lain seperti tuna, mackerel, swordfish, marlin, sotong dan lain-lain hidupan bersaiz besar.

Terdapat 64 spesis ikan terbang yang diletakkan di dalam 9 genera. Bagi memulakan penerbangannya apa yang perlu dilakukan oleh ikan terbang adalah meluncur dengan laju keluar dari air dan mengembangkan siripnya seperti sayap untuk mencapai jarak lompatan yang lebih jauh.

Ikan ini pernah direkodkan membuat lompatan/penerbangan selama 45 saat. Walaupun ia kebiasaannya hanya mencapai jarak 50 meter (160 ft.) dalam satu lompatan, namun sekiranya ikan ini menggunakan ombak dan angin, ia boleh mencapai jarak sehingga 400 meter (1,300 ft.). Kelajuannya boleh mencecah sehingga 70 km/h (43 mph) dan ketinggian maksima pula adalah 6 meter (20 ft.) dari permukaan laut.

Ikan terbang di atas permukaan air.

Tidak seperti burung ikan terbang tidak boleh mengepak untuk menambahkan jarak penerbangannya. Ia hanya menggunakan kepaknya untuk meluncur menggunakan daya yang diperolehinya sebelum ia melonjak keluar dari air ataupun dengan daya tambahan yang dibekalkan oleh ombak. Walaubagaimanapun ikan ini adakalanya akan menggunakan ekornya untuk melonjak semula sebaik sahaja ia mencecah ke air untuk menambahkan jarak penerbangan mereka.

Ikan-ikan terbang merupakan hasil tangkapan biasa bagi negara-negara seperti Jepun, Vietnam, China, Indonesia, India dan beberapa negara lain. Ikan-ikan ini biasanya ditangkap menggunakan pukat berbeza dengan kaedah yang digunakan di Kepulauan Solomon  di mana ia ditangkap ketika terbang menggunakan jaring yang dipasang di atas canoe. Ikan ini amat tertarik kepada cahaya – dan proses ini dilakukan ketika malam yang tiada bulan.




Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan