Halaman

Sabtu, 16 Mei 2015

Mengenal Spesis Ikan Paus

Humpback whale
Ikan paus 'humpback' keluar daripada air.

Ikan paus biru merupakan haiwan yang paling besar masih menghuni lautan dunia. Walaupun bilangannya semakin berkurangan akibat pemburuan berlebihan namun hari ini pengharaman membunuh mamalia terbesar ini sedikit sebanyak membantu spesis ini untuk berkembang semula. Namun begitu apa yang ingin saya ketengahkan kali ini bukan sahaja bertumpu kepada spesis paus biru malah keseluruhan spesis paus yang mengandungi banyak sekali spesis-spesis lain yang kurang kita ketahui.

Blue whale
Ikan paus biru merupakan spesis terbesar dalam kumpulan paus.

Walaupun ikan paus rata-ratanya bersaiz besar, namun ada juga antara spesis yang bersaiz kecil dan sederhana antaranya adalah ‘pygmy sperm whalesI’ yang hanya bersaiz 3.5 m (11 ft.) Berbanding dengan saiznya juga, ikan paus menjadikan hidupan-hidupan kecil di lautan sebagai sumber makanannya. Terdapat beberapa spesis yang memburu hidupan besar (dari jenis ikan paus bergigi) dan juga yang bersaiz agak besar adalah ‘Sperm Whale’ yang juga menjadikan sotong gergasi sebagai salah satu sumber makanannya.

Dari segi saiz, paus biru boleh mencapai sehingga 30 m (98 ft) dengan berat sehingga 180 tan. Jika keseluruhan spesis digabungkan ia mungkin mencapai jumlah jutaan ekor. Namun sekiranya mengikut spesis ada diantaranya yang mengalami penurunan jumlah drastik akibat pemburuan oleh manusia. Kadar pembiakannya pula adalah sekitar 3% hingga 13% mengikut spesis-spesis tertentu. Manakala jangka hayat ikan paus seperti ‘humpback’ boleh mencecah sehingga 77 tahun berbanding paus ‘bowhead’ yang boleh mencecah sehingga ratusan tahun.

Size differences
Perbezaan saiz dalam spesis paus-paus 'baleen'.

Pengkelasan paus dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu jenis ‘Baleen’di mana ikan-ikan paus ini memunyai plat ‘baleen’ berbanding gigi untuk menapis makananya yang terdiri daripada hidupan-hidupan kecil di dalam laut seperti plankton dan krill. Jenis kedua adalah daripada spesis-spesis yang mempunyai gigi seperti Orca, dolphin, sperm whale yang mempunyai gigi dan memburu hidupan yang lebih besar terdiri daripada ikan, sotong, anjing laut dan sebagainya.

Plat 'baleen' yang digunakan untuk menapis makanan pada paus 'baleen'.

Ikan paus boleh didapati di hampir kesemua perairan dunia dalam spesis yang berbeza. Terdapat juga spesis ikan paus (lumba-lumba sungai) yang mendiami sungai-sungai utama seperti sungai Indus, Ganges, Yangtze, Mekong dan juga Amazon. Spesis ikan lumba-lumba air tawar ini merupakan spesis yang paling terancam berbanding spesis-spesis yang lain memandangkan kebanyakan sungai-sungai kediaman mereka semakin tercemar akibat pembangunan.

Berikut adalah jenis-jenis ikan paus yang terdapat di dunia. Perhatikan jumlahnya yang banyak berbanding seperti mana yang kita sangkakan sebelumnya.

Suborder Mysticeti (Baleen whales)


(Right whales)


(Rorquals)












Suborder Odontoceti (Toothed whales)

(Oceanic dolphins)













(Pilot whales)


















(Right whale dolphins)





































Suborder Odontoceti (Toothed whales)



(Porpoises)















(Beaked whales)











(Mesoplodont

whales)
































Setiap spesis ini mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri dan anda mungkin perlu membuat semakan yang terperinci untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Seperti juga haiwan-haiwan lain, ikan paus juga mempunyai fungsi sendiri dalam mengawal keseimbangan ekosistem. Jadi adalah penting untuk kita sentiasa memastikan haiwan-haiwan ini sentiasa berada dalam jumlah yang seimbang.



Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan