Rotwild GT S keluaran edisi terhad Mercedes-AMG dan Rotwild. |
Sekiranya anda adalah peminat Mercedes-AMG dan juga teknologi daripada
German dan menyukai pula aktiviti sukan lasak seperti ‘mountain bike’ di hujung
minggu, ini adalah berita baik untuk anda. Rotwild GT S hasil kerjasama
Mercedes-Benz dan juga pengeluar basikal German Rotwild – dan ianya adalah
edisi terhad.
Berilhamkan kereta kemegahan Mercedes-AMG GT, basikal ini menampilkan kerangka monocoque
daripada gentian karbon. Ia dipadankan juga dengan handle dan tempat duduk
daripada Pro Tharsis XC, pelana daripada Ergon SRX dan rim daripada
Crankbrothers Cobalt 11 bersaiz 29-inci serta dilengkapi dengan tempat simpanan
botol air.
Bagi memastikan keselesaan penunggangan juga ia dilengkapi dengan penyerap
hentakan 100-mm ThirtyThree ‘fork’ daripada pengeluar jenama Itali Formula. Ia
juga turut menampilkan penukaran gear elektronik daripada Shimano XTR Di2 2 x
11. Sistem breaknya pula terdiri daripada Formula R1 Racing FCS cakera
hidrolik, tayar daripada Continental Race King RaceSport, pedal tanpa klip daripada
Crankbrothers Candy 3.
Pedal tanpa klip Crankbrothers Candy 3. |
Penukar gear digital daripada Shimano. |
Turut disertakan bersama sebagai aksesori basikal ini adalah bekas
pelindung daripada Thule dan beberapa barangan perkakasan daripada Topeak.
Rekabentuk GT S adalah hasil daripada maklumbalas daripada kumpulan pelumba
AMG Rotwild MTB. Berilhamkan kepada Mercedes-AMG GT – GT S direka bagi memenuhi
ciri-ciri “dinamik, binaan yang ringan, rekabentuk dan keselesaan”, malah ia
juga turut mempunyai skema warna yang sama dengan kereta tersebut iaitu hitam
karbon dan juga kuning-emas.
Disk brake untuk tujuan keselamatan. |
Direka dengan konsep yang sama. |
Seperti yang dikatakan terlebih awal, ianya adalah keluaran edisi terhad
dan hanya 100 unit sahaja Rotwild GT S yang dihasilkan. Setiap satu basikal ini
adalah beharga €9,900 atau USD10,870. Rotwild GT S bukanlah hasil pertama
kerjasama di antara Mercedes-AMG dan Rotwild kerana sebelum ini mereka pernah
menghasilkan R.X45 AMG pada tahun 2013.
Menarik bukan, basikal yang dihasilkan oleh dua pengeluar teknologi German
yang sama hebat jelas menghasilkan barangan berkualiti dengan prestasi yang
terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan