Periuk kera merupakan antara tumbuhan unik di Borneo. |
Borneo terkenal dengan keunikan kepelbagaian hidupannya yang unik sama juga
dengan kepulauan-kepulauan lain yang berhampiran seperti Papua New Guinea dan
Sulawesi. Walaupun terdiri daripada beberapa kawasan utama iaitu Sarawak,
Sabah, Brunei dan Kalimantan, keseluruhan kepulauan Borneo menyimpan khazanah
uniknya untuk diterokai.
Borneo memiliki kira-kira 3,000 spesis pokok, 1,700 spesis orkid dan lebih
daripada 50 spesis tumbuhan periuk kera (pitcher plant). Kawasan hutan Borneo
amat padat dengan kepelbagaian spesis; di kawasan seperti Taman Negara Gunung
Lambir, Sarawak yang merekodkan 1,175 spesis pokok di dalan kawasan seluas
52-ha (sekitar keluasan 52 padang bola) – yang juga merupakan kepelbagaian yang
paling tinggi direkodkan di Borneo.
Kebanyakan tumbuhan Borneo juga adalah merupakan tumbuhan yang unik hanya
untuk kepulauan ini sahaja. Sekitar 5,000 spesis (34%) tumbuhan berbunga di
Borneo termasuk di dalam kumpulan tumbuhan ini. Ia merupakan salah satu punca
mengapa kepulauan Borneo merupakan kawasan tarikan yang amat istimewa.
Bentuk muka bumi yang menyimpan kepelbagaian hidupan. |
Antara tumbuhan yang sudah terkenal seperti Rafflesia arnoldi – yang juga
diberikan gelaran sebagai bunga terbesar amat sinonim dengan Sarawak. Malah
terdapat juga spesis titan arum (Amorphophallustitanum) juga dikenali sebagai ‘bunga
bangkai’ - juga mengeluarkan bunga terbesar selain daripada menghasilkan bau
kuat seakan-akan mayat yang mereput. Spesis yang sama juga turut terdapat di
Kepulauan Sumatera, Indonesia.
Bagi peminat tumbuhan pemangsa (Nepenthes)
pula seperti periuk kera; Borneo mempunyai kepelbagaian spesis yang menarik. Tumbuh meliar di kawasan
yang kurang subur. Tumbuhan-tumbuhan ini menjadikan serangga sebagai sumber bekalan
nutrientnya. Serangga yang tertarik dengan bauan yang dihasilkan akan terjatuh
di dalam cecair yang terdapat di dalam kantung tumbuhan ini seterusnya mereput
untuk diserap sebagai punca makanan.
Rafflesia juga merupakan hidupan unik di sini. |
Selain daripada tumbuhan-tumbuhan di atas terdapat kepelbagaian orkid
berbunga iaitu kira-kira 3,000 spesis di dalam hutan Borneo. Orkid merupakan
tumbuhan unik yang tumbuh dengan melekat pada dahan-dahan pokok yang tinggi
bagi membolehkannya mendapat cahaya dan sumber makanan. Kepelbagaian orkid di
Borneo adalah antara tertinggi di dunia.
Keunikan tumbuhan dan haiwan di Borneo inilah yang menjadikan ia sebagai
satu tarikan menarik bagi pelawat, pengkaji juga kepada penduduk asal di Sabah dan Sarawak. Sejak sekian lama, sumber bumi ini dijadikan sebagai bahan utama membekalkan
makanan, bahan membina tempat tinggal juga digubah menjadi peralatan bagi
keperluan kehidupan harian mereka.
Masyarakat yang hidup di Borneo memanfaatkan sumber alam dengan baik sekali. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan