Halaman

Rabu, 25 Mac 2015

Mikro Post: Tumbuhan Llareta


Llareta or Yareta
Llareta kelihatan seperti batu.

Tumbuhan unik yang dipanggil Yareta atau Llareta adalah tumbuhan yang tumbuh di banjaran Andes di Amerika Selatan iaitu di Peru, Bolivia, Utara Chile dan Barat Argentina. Tumbuh pada ketinggian 3,200 hingga 4,500 meter dari aras laut.

Ia merupakan tumbuhan berbunga dan malar hijau. Ciri-ciri unik tumbuhan ini adalah, ia kelihatan seperti batu dan bagaikan tidak berdaun, tetapi sebenarnya berdaun amat halus dan rapat sehinggakan ia kelihatan seperti batu. Kepadatan daun dan batangnya ini membolehkan anda berdiri di atasnya. Oleh kerana dedaunnya yang rapat menyebabkan haiwan lain sukar untuk menjadikannya sebagai makanan.

On top of Llareta
Kepadatan daun Llareta membolehkan anda berdiri di atasnya.
Llareta close up
Dedaun Llareta dilihat dari jarak dekat.

Menyesuaikan keadaannya hidup di kawasan yang kering nutrient dalam keadaan tanah yang berasid, neutral mahupun beralkali disamping terdedah kepada pancaran matahari – Llareta tidak boleh hidup pada kawasan yang terlindung. Satu lagi kelebihan daunnya yang amat rapat itu adalah dalam mengelakkan kehilangan haba. Jika dilihat dari dekat daunya ini seakan-akan parsley.

Big tree of Llareta
Sepohon pokok Llareta yang cukup besar.

Llareta hanya tumbuh sekitar 1.5 cm setahun. Kebanyakan Llareta dikatakan berusia lebih daripada 3,000 tahun. Ia merupakan bahan yang amat digemari sebagai bahan bakar tradisional kerana dapat membakar dan membekalkan haba dengan mudah. Oleh kerana tumbesarannya yang lambat, perkara ini boleh mengundang kepada kepupusan Llareta.



Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan