Sabtu, 21 Mac 2015

Mikro Post; Pistol Shrimp

Pistol Shrimp Claw
Lelengan kecil Pistol Shrimp ini boleh menghasilkan tembakan maut.

Mungkin anda menyangka yang manusia sahaja yang menggunakan pistol/senapang untuk tujuan berburu, malah dalam alam semulajadi udang pistol atau ‘pistol shrimp’ memiliki pistol semulajadi yang digunakan untuk memburu mangsa.

Terdapat beberaps spesis pistol shrimp yang rata-rata boleh menghasilkan bunyi yang teramat kuat dan dalam jarak yang dekat boleh mengakibatkan mangsanya mati. Mungkin ia bagaikan sebuah rekaan sahaja, namun udang ini sememangnya wujud dan tinggal di kawasan-kawasan terumbu karang. Ia juga merupakan sebahagian hidupan yang menghasilkan bunyi bising di laut selain daripada ‘sperm whale’ dan ‘beluga whale. Dalam koloni yang besar ia boleh menyebabkan gangguan kepada sonar dan peralatan komunikasi dalam laut.

Pistol shrimp mempunyai lelengan penyepit yang amat istimewa, kerana ia bukanlah seperti penyepit udang-udang yang lain. Penyepit ini boleh menghasilkan tekanan udara yang amat tinggi dan menghasilkan tembakan udara dengan kelajuan 97 km/h (60 mph) selain menghasilkan bunyi mencecah 218 decibels – dan tahap bunyi yang selamat adalah di bawah 85 decibels. Selain daripada menghasilkan bunyi yang kuat apa yang dilakukan oleh pistol shrimp ini juga menghasilkan suhu sehingga 5,000 K (4,700 °C) selain turut menghasilkan cahaya. Fenomena ini berlaku dalam kuantiti yang kecil dan sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Namun begitu ia adalah punca sebenar mengapa ia dapat menghasilkan tembakan yang membawa maut.


Pistol Shrimp and Goby
Persahabatan antara Pistol Shrimp dan Goby. 

Terdapat lebih daripada 620 spesis yang dikenali dalam family ini dalam 45 genus. Pistol shrimp ini bukan sahaja istimewa dari segi kaedah pemburuannya malah ia juga adakalanya didapati hidup bersama dengan ikan goby dalam memastikan persekitarannya selamat.  Dimana ikan goby adalah pemerhati keadaan sekeliling (dengan penglihatan jarak jauh yang lebih baik) dan pistol shrimp menyediakan lubang persembunyian. Menarik!








Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog