Palm House di Kew Gardens menempatkan spesies palma dari serata dunia. |
Kew Gardens nama yang penting dalam bidang botani, selain daripada telah
beroperasi selama ratusan tahun iaitu sejak 1759 sehinggalah sekarang ia juga
bertanggungjawab dalam membawa banyak tumbuh-tumbuhan ke serata dunia termasuklah
getah ke Asia Tenggara daripada tanah asalnya Amerika Selatan.
Terletak di Richmond, London dan bersebelahan sungai Thames, taman ini
mempunyai koleksi pameran tumbuhan hidup yang terbesar sehingga 30,000 jenis
tumbuhan kesemuanya. Manakala ia juga memiliki koleksi herbarium yang berjumlah
7 juta spesimen tumbuhan yang diawet. Perpustakaannya menempatkan lebih daripada
750,000 naskah yang mengandungi lebih daripada 175,000 gambar bercetak dan
lukisan tumbuh-tumbuhan. Selain itu ia juga merupakan salah satu destinasi lawatan
paling popular di London sejak sekian lama.
Teratai gergasi dari Amazon di Kew Gardens. |
Teratai terkecil yang dicuri dari Kew Gardens pada 2014 - teratai ini dikatakan telah pupus di habitatnya asalnya. |
Walaupun ia menarik sebagai tempat lawatan, namun kewujudan Kew Gardens dan
sumbangannya kepada dunia botani perlu dicontohi. Setelah sekian lama ia bukan
sahaja mengumpulkan pelbagai data mengenai tumbuhan malah menyediakan data terperinci
dan konservasi untuk tumbuhan-tumbuhan tersebut. Setiap bangunan di Kew Gardens
direka bagi membolehkan sampel kesemua tumbuhan dari pelbagai kawasan di serata
dunia, dibiakkan di sini. Para saintis yang terlibat di Kew Gardens sememangnya
komited terhadap tumbuh-tumbuhan.
Jadi di Kew Gardens anda boleh melihat sampel hampir kesemua tumbuhan di
kawasan-kawasan lain dari serata dunia – dari kawasan tropika, gurun, kawasan
sejuk malah spesies-spesies eksotik seperti periuk kera, teratai gergasi,
pelbagai palma malah mungkin anda akan melihat spesies-spesies yang telah pupus
dari kawasan anda sendiri. Melalui lawatan anda ke sini bagaikan satu
lawatan ringkas mewakili lawatan anda ke bahagian-bahagian lain di dunia.
Spesies bunga ini yang anda lihat mungkin adalah kultivar baru, tidak di Kew Gardens. |
Bunga 'Corpse Flower' ini adalah tumbuhan eksotik tropika. |
Walaupun taman ini dilengkapi dengan pelbagai bahan untuk memeriahkan lagi suasana
lawatan anda. Ia sebenarnya satu sumber penting bagi peminat-peminat
tumbuh-tumbuhan. Kew Gardens menyimpan banyak maklumat yang mungkin anda
perlukan untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang sesuatu tumbuhan mengenai kaedah penanaman dan
pemuliharaan. Sekiranya di Kew Gardens tumbuhan tropika boleh dibiakkan dengan
subur, adakah sukar bagi anda menanamnya di tempatnya sendiri secara
semulajadi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan