Keunikan dunia kumbang yang terdiri daripada pelbagai rupa bentuk dan warna. |
Kumbang adalah tergolong dalam kumpulan serangga. Ia juga merupakan antara
kumpulan hidupan terbesar dan terdiri daripada pelbagai spesies. Kumbang boleh
didapati hampir di semua kawasan di
dunia kecuali di dalam laut atau kawasan kutub. Ini kerana kumbang juga hidup
di dalam air (air tawar).
Kumbang boleh dikenali dengan mudah melalui pelindung kepaknya yang keras
dikenali sebagai “elytra” manakala
kepaknya yang lembut tersimpan dengan baik digunakan untuk terbang - jadi ia
mempunyai dua pasang sayap.
Oleh kerana kumpulan kumbang yang besar, tiada senarai spesies kumbang yang
lengkap setakat ini. Terdapat sehingga kira-kira 350,000 spesies kumbang yang dinyatakan
oleh para pengkaji dan banyak lagi yang masih belum dijumpai. Ini kerana
kumbang boleh dijumpai hampir di setiap kawasan termasuk di dalam air tawar
dan melakukan pelbagai fungsi di dalam ekosistem.
Kumbang terbesar iaitu Goliath Beetle. |
Anak kumbang Goliath beetle. |
Oleh kerana jumlah spesies kumbang yang besar, perbezaan di antara kumbang yang
paling kecil dan kumbang yang paling besar diketahui juga amatlah berbeza.
Spesies kumbang terkecil dikenali sebagai Nanosella
fungi yang hanya bersaiz kira-kira 0.25 mm panjang dan berat 0.4 milligram.
Manakala kumbang terbesar yang diketahui setakat ini adalah Goliath beetle (Goliathus goliathus) yang boleh mencapai
berat sehingga 100 gram. Manakala kumbang yang mencapai ukuran terpanjang pula
adalah Titanus giganteus yang boleh
mencapai ukurang sehingga 20 cm panjang.
Terdapat pelbagai fungsi kumbang di dalam ekosistem selain daripada sebagai agen
pendebungaan ia juga merupakan agen pembersihan (seperti kumbang tahi, dan
kumbang-kumbang lain yang memakan benda-benda yang reput), mengawal serangga
lain seperti ladybird (ladybug) malah menjadi sebahagian bahan makanan kepada haiwan
juga manusia (terdapat kumbang yang dijadikan bahan makanan di beberapa kawasan
di dunia – anak kumbang/ dewasa).
Warna pada kumbang ini yang sangat menakjubkan. |
Ladybug merupakan kumbang pengawal tanaman. |
Kumbang mengalami kitar hidup lengkap iaitu daripada telur, larva, pupa
sehingga menjadi kumbang dewasa. Sepanjang kitar hidupnya inilah kumbang akan
melakukan aktiviti-aktiviti yang membantu aktiviti seperti pereputan ataupun
menjadi makanan kepada hidupan lain. Bagi spesies yang hidup di dalam kayu
misalnya, ia akan turut membiakkan spesies fungus yang akan menjadi bahan
makanan kepada anak-anaknya yang akan menetas dari telur yang ditinggalkan di
dalam kayu tersebut. Ia bukan sahaja membantu pereputan kayu – malah membantu
pembersihan kawasan hutan dan membenarkan pokok kayu lain tumbuh dengan subur.
Keunikan dunia kumbang yang perlu dikenali. |
Walaupun terdapat kumbang yang menjadi masalah kepada industri pertanian
seperti boll weevil yang merosakkan
tanaman kapas, Asian Longhorned Beetle,
bark beetle dan elm leaf beetle kesemuanya boleh mengurangkan hasil kepada tanaman,
terdapat juga kumbang-kumbang yang membantu seperti ladybird dan kumbang tahi (dung
beetle) dan banyak lagi spesies yang membantu pendebungaan serta pereputan
bahan-bahan yang telah mati. Ini kerana, hidupan akan terus membiak selagi
kawasan persekitarannya sesuai dan akan mati sekiranya keadaan menjadi
sebaliknya. Apa yang berlaku sebenarnya adalah – aktiviti manusia sendiri yang
menyebabkan hidupan lain menjadi tidak stabil (tidak teratur).
Oleh kerana terdapat kumpulan kumbang yang besar, maka fungsinya juga
adalah besar kepada keseimbangan ekosistem. Seperti juga serangga-serangga yang
lain, ia telahpun menghuni bumi sejak jutaan tahun yang lalu. Terdapat kumpulan
kumbang yang amat cantik dan berwarna-warni yang semestinya menarik minat anda
untuk mengenali serangga istimewa ini. Sekiranya anda berada di kawasan luar
rumah cuba-cubalah perhatikan kumbang-kumbang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan