Umai tetap menjadi makanan unik masyarakat Sarawak. |
Umai merupakan makanan tradisi Kaum Melanau di Sarawak. Merupakan antara makanan
tempatan yang paling popular kerana keunikannya. Walaupun menggunakan bahan
yang ringkas, umai tetap merupakan makanan yang sering dikaitkan dengan Bumi
Kenyalang, ini kerana ianya tidak terdapat di tempat-tempat lain.
Umai disediakan dengan bahan utamanya iaitu ikan segar (ikan kembung
ataupun bawal), cili besar atau cili padi, bawang merah, halia dan garam.
Bahan-bahan lain juga boleh ditambah mengikut kesesuaian.
Umai terpanjang yang disediakan di Dalat, Sarawak. |
Sehingga hari ini umai merupakan antara makanan yang disediakan di seluruh
Sarawak dan tidak lagi hanya menjadi hidangan unik Kaum Melanau. Keenakan
makanan ini ditambahkan lagi dengan sumber makanan laut segar yang mudah
didapati di Sarawak. Walaupun negeri ini semakin meningkat dengan arus
permodenan, makanan tradisi istimewa ini tetap menjadi kebanggaan masyarakat di
Sarawak.
Pada tahun 2012 umai terpanjang disediakan semasa pesta ‘Masihkah Kau Ingat’ di Dalat, dengan kepanjangan mencecah sehingga 170.3 meter. Ia merupakan
penghargaan masyarakat di sini yang menganggap umai merupakan salah satu
makanan yang melambangkan identiti negeri.
gg
BalasPadam