James Cameron keluar daripada Deepsea Challenger. |
Pada tahun 2012 dunia digemparkan lagi oleh pengarah terkenal James
Cameron. Kali ini bukanlah dengan cerita terbaru arahan beliau tetapi dengan
satu lagi pencapaian beliau yang merupakan cita-citanya sejak kecil lagi iaitu
penjelajahan laut dalam. Mengapa peristiwa ini dianggap sebagai salah satu
perkara yang begitu besar bukan sahaja bagi beliau, malah kita semua sebagai
masyarakat dunia.
James Cameron yang biasa tampil dengan kelainan di dalam filem-filem
arahannya yang terkenal termasuk The Abyss, Terminator 2, Titanic dan juga
Avatar sebenarnya menyimpan satu cita-cita dan minat yang tidak pernah padam
iaitu untuk menerokai laut dalam. Cita-cita beliau ini dapat dilihat dalam
filem arahan beliau The Abyss sendiri malah beberapa dokumentari yang
dihasilkan yang berkait rapat dengan laut dalam sebelum ini antaranya
Expedition: Bismarck, Ghost of the Abyss dan Aliens of the Deep.
Gambarajah kapal selam Deepsea Challenger. |
Bagi menghasilkan dokumetari beliau kali ini iaitu untuk menjelajah ke
dasar laut cabaran pertama yang perlu dilalui beliau adalah untuk menyediakan
kapal selam yang mampu untuk menyelam sehingga kedalaman yang tidak pernah
dilakukan oleh mana-mana kapal selam yang lain.
Seperti yang kita ketahui untuk menyelam pada kedalaman tersebut kapal
selam yang diperlukan oleh James Cameron perlulah mampu untuk menahan tekanan
air yang amat tinggi bagi tujuan keselamatan peralatan dan beliau sendiri, yang
akan mengendalikannya.
Kapal selam yang digunakan oleh James Cameron untuk penjelajahan ini
dikenali sebagai Deepsea Challenger
dibina dalam diam di Australia dengan kerjasama antara National GeographicSociety dan tajaan bersama oleh Rolex – di mana dalam ekspedisi ini Rolex turut
menjalankan ujian terhadap kemampuan jam tangan keluarannya yang dikenali
sebagai “Deepsea” – 2012. Malah jam tangan tersebut berjaya menjalani ujian
tersebut dengan jayanya.
Kebuk pemandu daripada keluli setebal 2.5 inci. |
Deepsea Challenger dibina oleh Acheron Project Pty Ltd dengan diketuai oleh
jurutera Ron Allum. Ron Allum dan kumpulan yang membina Deepsea Challenger
adalah rata-ratanya mereka yang juga aktif dalam aktiviti selaman gua dalam laut
selama beberapa tahun. Jadi kumpulan ini merupakan mereka yang mempunyai banyak
pengalaman dalam membina kapal selam yang diperlukan James Cameron dalam
ekspedisinya itu nanti.
Sebagai satu-satunya kapal selam yang mampu menjelajah ke dasar laut dalaman Deepsea Challenger amat berbeza daripada kapal-kapal selam yang lain. Selain
daripada ianya dibina secara menegak ia juga hanya boleh membawa seorang
penumpang sahaja. Penumpang tersebut pula perlu berada di dalam sebuah bola
keluli dengan ketahanan untuk menampung tekanan yang tinggi. Ia merupakan
langkah pertama dalam pembinaan kapal selam ini kerana ia menentukan
keselamatan pemandunya yang akan berada beberapa ribu meter di dasar laut.
Deapsea Challenger diturunkan ke air. |
Sudah tentu pembinaan Deepsea
Challanger bukanlah satu proses yang mudah dan menjalani beberapa kali
ujian disamping kesuntukan masa yang diperlukan untuk mebolehkan ia melakukan
selaman seperti yang dijadualkan. Kesemua cabaran ini dibentangkan di dalam
dokumentari “James Cameron’s Deepsea Challenge” di mana dari situ dapat kita
lihat ia bukanlah boleh dilakukan tanpa kepakaran, kegigihan dan kesungguhan
dari setiap ahli yang terdapat di dalam kumpulan tersebut. Ini kerana pembinaan kapal selam tersebut
bukanlah sekadar menyediakan sebuah bebola keluli yang mampu bertahan pada
tekanan tinggi malah ia perlu memastikan keselamatan pemandunya, kandungan
udara, suhu, peralatan komunikasi, navigasi, dan macam-macam lagi.
Bagi yang pernah membaca mengenai James Cameron dan ketelitian beliau dalam
filem-filem arahannya tentu menyangka bahawa ini merupakan sesuatu yang boleh
dilakukan dengan mudah. Ya, ia bagaikan sebuah peralatan yang siap untuk
digunakan tanpa anda perlu merasa risau. Hakikatnya, Deepsea Challenger perlu
dikendalikan oleh sekumpulan pakar – walaupun ia akan dipandu oleh seorang
pemandu. Sebaik sahaja pemandunya memasuki ruang pemanduan, ianya akan dikunci
rapat dari luar - dan ia tidak akan boleh dibuka daripada dalam.
Rolex 'Deepsea' yang dibawa turun ke dasar laut bersama Deepsea Challenger. |
Sehingga pada March 26, 2012 James Cameron berjaya melakukan penyelaman
pada kedalam 10,908 meter (35,787 kaki) yang juga merupakan penyelaman ke-empat
bagi Deepsea Challenger. Pada kedalaman ini James Cameron berjaya melakukan
beberapa perkara penting seperti menjelajahi dasar laut dalam, mengumpul
spesimen hidupan dan juga sendimen malah tidak dilupakan untuk memeriksa jam
Rolex yang dibawanya bersama (ketika itu berada di luar kapal selam tersebut).
Walaupun mungkin ia merupakan cita-cita seseorang (James Cameron), malah ia
juga turut membawa pelbagai kebaikan kepada yang lain. Bagi kumpulan yang
membina kapal Deepsea Challenger juga sudah pastinya merupakan satu kejayaan
yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kumpulan lain. Begitu juga bagi kita
sebagai masyarakat dunia – penjelajahan ini sedikit sebanyak memberikan kita
gambaran sebenar di dasar lautan dalam yang sebelum ini belum pernah diteroka
oleh mana-mana manusia (apatah lagi bersama video yang boleh ditonton). Maka
dengan itu setiap dari kita perlu mempunyai cita-cita yang akan membawa
kebaikan untuk kita bersama.
Anda juga mungkin berminat: