John Meyer bergambar bersama CEO Apple, Tim Cook. |
Mungkin tidak ramai yang memahami bagi segelitir golongan yang sanggup
meninggalkan bidang pelajaran biasa dan mengikut arah tuju masing-masing.
Apatah lagi pada usia semuda 19 tahun mungkin ia merupakan satu keputusan yang
pastinya akan mendapat tentangan hebat daripada kedua ibubapa.
John Meyer 19, merupakan salah seorang daripada mereka dengan meninggalkan
pelajarannya dalam bidang komputer dari universiti terkenal di mana ibunya
sendiri merupakan salah seorang daripada professor di situ (University of New
York atau juga dikenali sebagai NYU).
Apa yang menyebabkan John Meyer meninggalkan pelajaran adalah kerana beliau
telah memilih bidang yang diminatinya – iaitu ‘programming’. Sejak mempelajari
pemprogramman ‘Objective C’ pada 2008, John Meyer telah menghasilkan pelbagai
apps yang menjadikan beliau amat tertarik untuk meneruskan bidang yang
diminatinya itu.
John Meyer (19) mempunyai minat dan bakat yang besar. |
Minatnya itu turut disokong oleh bapanya iaitu semasa beliau berumur 16
tahun, bapanya telah membantu mendapatkan tiket untuk membolehkan beliau
menghadiri ‘developer’s conference’ di San Francisco. Manakala untuk menghadiri
majlis tersebut peserta perlulah berumur sekurangnya 18 tahun. Apa yang penting
John Meyer bukanlah sekadar peserta, malah beliau merupakan seorang penghasil
apps yang aktif – layak untuk hadir ke majlis tersebut.
Bermula dengan penghasilan apps popular pertamanya JustLight, perisian ‘flashlight’ untuk iPhone 4 yang merupakan antara perisian ‘flaslight’
terawal untuk iPhone. Perisian tersebut telah dimuat turun sehingga menjangkau
2 juta kali.
Baru-baru ini pula beliau menampilkan PerfectShot (kira-kira setahun lalu), untuk iOS7 yang dimuat turun 60,000 kali
untuk 4 hari pertamanya sahaja dan kini menjangkau jutaan muat turun. Apa yang
menarik apps ini membolehkan kamera hanya mengambil gambar apabila semua muka
di dalam tetingkap gambar tersenyum. Ia kelihatan mudah, tapi beliau merupakan
orang yang menghasilkan apps tersebut untuk iOS7.
Selain daripada menolak peluang untuk melanjutkan pelajaran dari University
of New York, John Meyer turut menolak pelawaan Apple yang menawarkan ‘internship’
kepada beliau. Peluang tersebut bukan sahaja menjadi impian ribuan pelajar lain
malah membolehkan beliau mendapat ganjaran bulanan sebanyak USD 5,723 sebulan.
Minat yang mendapat sokongan. |
Penolakan beliau bukanlah bermakna John Meyer menolak peluang yang datang.
Tetapi beliau sendiri merupakan seorang yang mempunyai perancangan dan gigih
berusaha dalam membangunkan impian beliau yang baru-baru ini tampil lagi dengan
apps menarik iaitu FrescoNews.
Disebalik impian dan usaha gigih beliau ini, John Meyer juga pernah
terpilih menjadi calon finalist bagi Thiel Fellowship. Ia merupakan program
yang dijalankan oleh billionaire Peter Theil dalam membantu mereka yang
berbakat untuk memulakan perniagaan. Seramai 20 orang peserta yang di pilih dan
John Meyer bukanlah seorang daripadanya.
Walaupun begitu bagi seorang yang mempunyai bakat dan minat seperti John
Meyer, sokongan orang lain merupakan satu bonus. Manakala apa yang
diinginkannya adalah kepuasan dalam mencuba kemampuan diri dalam menghasilkan
sesuatu yang terbaik dalam lapangan yang diceburinya. Mungkin ia lebih baik
daripada dari sekadar memberikan kritikan mengenai kegagalan orang lain.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
|