Jadual Berkala memudahkan rujukan untuk unsur-unsur yang ada. |
Berikutan itu baru-baru ini unsur ke 117 telah ditemui dan menunggu untuk
badan-badan berkaitan (International Union of Pure and Applied Chemistry)
memberikan tempat tersebut kepada ‘Ununseptium’ atau ‘Uus’ di mana kajian untuk
penghasilannya telah dijalankan semenjak tahun 2004 lagi hasil kerjasama
saintis dari Rusia dan US.
‘Ununseptium’ merupakan unsur logam berat atau ‘super heavy’ dengan nombor
atom yang melebihi 104 di dalam jadual berkala ia merupakan unsur yang tidak ada
di dunia secara semulajadi melainkan dihasilkan melalui proses makmal.
Walaupun ia dicadangkan oleh saintis Rusia dari Joint Institute for Nuclear
Research (JINR) Dubna, Moscow Oblast, Rusia dengan menggunakan ‘Berkalium’ dan ‘Calcium’
manakala ‘Berkalium’ hanya dihasilkan oleh Oak Ridge National Laboratory di
United States yang dikatakan tidak mampu menyediakan sumber yang mencukupi pada
masa tersebut (tahun 2004).
Unsur yang sama turut dikaji oleh kumpulan saintis dari German dan
Australia iaitu santis-santis daripada GSI Helmholz Center for Heavy Ion Research,
merupakan pemecut zarah di Darmstadt, German dan juga pakar fizik dan kimia
daripada Australian National University.
Dapat diperhatikan kajian-kajian seperti ini memerlukan waktu yang lebih
panjang serta persediaan yang terperinci. Diharap ia sedikit sebanyak membantu
kita memahami proses sesuatu kajian yang memerlukan masa yang panjang serta
kerjasama kumpulan yang amat penting. Perhatikan juga bilakah unsur 117 ini
akan berada di dalam jadual berkala secara sah tidak lama lagi (sekiranya anda
merupakan peminat dunia sains). Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan