Menjadi graduan adalah metlamat utama para penuntut di IPT. |
Tidak lama lagi tentu ramai para lepasan SPM dan STPM akan melanjutkan
pelajaran mereka ke pusat-pusat pengajian tinggi. Mungkin ramai yang tidak
sabar untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading ini. Maklumlah satu lembaran
baru dalam kehidupan dengan suasana pembelajaran yang jauh berbeza daripada
zaman persekolahan.
Namun sebelum para pelajar ghairah untuk ke menara gading, di sini ingin
dikongsikan beberapa perkara yang agak penting bagi memastikan peluang yang
diperolehi nanti tidak disia-siakan begitu sahaja. Persediaan awal mungkin
membantu para pelajar untuk mendapat kelulusan yang lebih baik daripada yang
diperolehi semasa peperiksaan SPM dan STPM dahulu. Perlu diingat kejayaan lepas
tidak semestinya berulang dan ia masih boleh diperbaiki lagi.
Sehubungan dengan itu mari kita lihat beberapa perkara yang boleh kita
lakukan sebelum kita menjejakkan kaki ke IPTA/IPTS supaya apa yang kita
keluarkan (perbelanjaan, masa, pengorbanan, dll.) lebih berbaloi.
Belajar Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris amat penting untuk pembelajaran di peringkat tinggi. Ini
kerana bahan rujukan banyak disediakan di dalam Bahasa Inggeris. Bagi mereka
yang masih lemah di dalam penguasaan Bahasa Inggeris, inilah masa yang paling
sesuai untuk membuat persediaan. Gunakan kemudahan yang ada samada kursus
bahasa, internet, TV, majalah atau buku untuk memperbaiki kelemahan anda.
Bahasa Inggeris memerlukan latihan untuk dikuasai dengan baik. Bagi yang
mengikuti kursus bahasa tentulah lebih mudah kerana ia dilakukan secara
sistematik. Namun begitu bagi yang tidak berpeluang mengikuti kursus bahasa
anda bolehlah membiasakan diri dengan membaca dan menonton rancangan di dalam
Bahasa Inggeris.
Carilah bahan yang anda minati supaya anda akan lebih berminat untuk
mengetahuinya dengan lebih mendalam. Baca, dengar dan ulang bahagian perkataan
yang anda rasakan mampu. Jangan terlalu takut jika melakukan kesalahan. Semua
orang yang belajar akan melakukan kesilapan dan dari kesilapan inilah anda
dapat mengenalpasti kelemahan anda dalam menguasai Bahasa Inggeris.
Teruskan Membaca
Membaca dapat mengekalkan otak agar sentiasa aktif. |
Membaca dapat mengekalkan otak untuk terus aktif. Selain daripada menambah
ilmu pengetahuan atau membantu anda mengetahui lebih lanjut mengenai bidang
yang anda minati ia juga memastikan otak terus cekap untuk menerima
pelajaran-pelajaran baru apabila anda melangkah ke IPT nanti.
Apa yang menarik buat masa ini anda bebas membaca sebarang bahan bacaan.
Namun lebih baik sekiranya anda memilih bahan bacaan yang dapat menambahkan
kemahiran anda di dalam lapangan yang ingin anda ceburi. Anda juga digalakkan
memilih bahan bacaan di dalam Bahasa Inggeris kerana di dalam masa yang sama
anda telah melakukan dua perkara di dalam satu masa.
Latihan Menaip
Jika anda memiliki komputer atau laptop di rumah bolehlah luangkan masa
utuk melatih diri menaip menggunakan perisian yang sesuai. Ini kerana apabila
anda melangkah ke IPT nanti anda mungkin perlu menyiapkan assignment di dalam
tempoh yang singkat. Waktu ini adalah masa yang terbaik untuk malatih diri
menaip dan menggunakan perisian yang betul.
Semasa menaip pastikan anda menggunakan kedua-dua belah tangan dengan
menggunakan kesemua jari-jemari anda. Elakkan tangan bersilang – ini bermaksud
setiap jari hanya akan menekan butang-butang tertentu dan kelajuan anda menaip
akan meningkat. Anda juga boleh mencari kaedah menaip yang betul daripada
internet atau carilah bahan belajar menaip daripada buku-buku yang berkaitan.
Selain daripada itu pastikan juga kaedah yang betul menggunakan perisian
yang anda gunakan. Pastikan kaedah untuk meletakkan gambar, jadual, gambarajah
dengan betul. Terdapat juga perisian yang membolehkan anda meletakkan
bahan-bahan lain seperti audio dan video. Malah anda juga boleh melengkapkan
fail anda seperti sebuah buku yang lengkap dilengkapi dengan bahagian seperti
muka hadapan, isi kandungan, pra-kata, muka surat, nota kaki dan bahagian
rujukan. Malah anda juga boleh membuat link-link di antara isi kandungan di
dalam fail anda.
Perisian-perisian yang bersesuaian untuk kerja-kerja menaip adalah seperti
Microsoft Office Word, Apple Pages, Applix Word (Linux), Documents To Go,
iStudio Publisher (Mac), Kingsoft Writer, Lotus Word Pro, WordPerfect, WordPad,
Polaris Office dan sebagainya. Anda tidak perlu belajar menggunakan kesemua
perisian ini, tapi pilihlah di antaranya yang anda fikirkan sesuai.
Belajar Mencari Bahan Rujukan
Mencari bahan rujukan merupakan asas kemahiran di IPT. |
Mencari bahan rujukan memerlukan kemahiran dan anda akan memerlukannya
lebih lagi apabila berada di IPT nanti. Sebagai persediaan carilah bahan
rujukan berkaitan dengan perkara-perkara yang anda diminati contohnya “Kaedah
Penghasilan Tenaga”. Gunakan segala bahan yang anda boleh perolehi dan kaitkan semua
maklumat tersebut menjadi satu laporan lengkap.
Melalui latihan sebegini anda dapat melihat sendiri bagaimana proses
pengumpulan maklumat tersebut dapat membantu anda mencari jawapan kepada
persoalan yang dikemukakan. Apa yang menarik latihan ini tidak perlu menjadikan
anda terlalau ‘stress ‘ dan anda mempunyai ruang yang besar dalam mengembangkan
tajuk tersebut. Untuk lebih menarik,
kongsikan kepada rakan taulan melalui laman sosial ataupun sebagai isi
perbualan semasa keluar minum bersama.
Bertukar-tukar pendapat dapat memperbaiki lagi idea yang telah anda perolehi. |
Itu adalah antara beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebagai
persediaan ke IPT nanti. Terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan bagi
mengisi masa menunggu ini. Jadi jangan biarkan masa terluang begitu sahaja.
Isilah waktu tersebut dengan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat supaya
bila di IPT nanti anda tidak dibebani dengan perkara-perkara yang sepatutnya
boleh anda lakukan sekarang - Semoga berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan