Kepesatan teknologi hari ini membolehkan pelbagai rekaan baru dicipta. |
Hasil kecanggihan
dunia moden kita hari ini adalah dikecapi berdasarkan penemuan dahulu yang membolehkan
lebih banyak barangan yang lebih baik dicipta. Jika kita amati kesemua
peralatan moden adalah berdasarkan penemuan asal ataupun bergantung kepada
penemuan terdahulu seperti elektrik, motor, telefon, radio dan sebagainya.
Saya begitu
tertarik dengan penemuan penghasilan tenaga elektrik kerana kalau diamati
dengan terperinci, tidak banyak perbezaan kaedah penghasilan tenaga elektrik
sejak dahulu sehinggalah sekarang. Walaupun hari ini tenaga elektrik dapat
dihasilkan dengan pelbagai cara ianya masih bergantung kepada tiga perkara
utama;
i) Penjanaan
menggunakan dinamo (aruhan magnet).
ii) Penjanaan
menggunakan bahan kimia (seperti bateri).
iii) Penjanaan
menggunakan cahaya (seperti panel solar).
Penjanaan menggunakan dinamo (aruhan magnet)
Penggunaan dinamo (generator) pada loji nuklear. |
Walaupun hari ini
kita mampu menjana tenaga elektrik daripada tenaga nuklear misalnya, ia juga
adalah bergantung kepada penggunaan dinamo juga, di mana konsep asas penjanaan
elektrik masih digunakan. Begitu juga penghasilan elektrik menggunakan empangan
hidro, ataupun yang menggunakan arang batu sebagai sumber bahan api. Jadi pada
asasnya penghasilan tenaga elektrik utama pada masa ini masih lagi menggunakan
kaedah lama iaitu dinamo.
Penjanaan menggunakan bahan kimia (seperti bateri)
Isyarat dihantar dalam bentuk elektrik pada sel saraf. |
Penjanaan
menggunakan bateri pula adalah berilhamkan kepada sistem saraf hidupan/manusia.
Perkara ini ditemui oleh seorang saintis Itali bernama Luigi Galvani secara
tidak sengaja semasa membuat eksperimen ke atas katak dan ianya telah dimajukan
oleh Alessandro Volta. Maka tidak hairanlan mengapa tenaga elektrik diukur
dalam unit Volt.
Sistem saraf
menghantar isyarat dalam bentuk elektrik berhubung di antara saraf-saraf ke
otak dan juga ke bahagian-bahagian untuk memberikan tindakbalas. Kaedah
penghasilan elektrik inilah yang membawa kepada terciptanya tenaga elektrik
menggunakan bateri (tindakbalas kimia). Sehingga kini kaedah penjanaan elektrik
menggunakan bateri juga telah dipelbagaikan seperti sel kering biasa, sel basah
(bateri kereta), sel yang boleh di cas semula, batery jam tangan dan bateri untuk
kegunaan tertentu (seperti jantung tiruan).
Penjanaan menggunakan cahaya (seperti panel solar)
Panel solar yang dipasang pada bumbung. |
Penjanaan
menggunakan tenaga solar pula adalah diilhamkan daripada proses fotosistesis
daripada tumbuh-tumbuhan. Penukaran tenaga cahaya dalam penghasilan makanan
oleh tumbuh-tumbuhan memberikan sedikit sebanyak panduan bagaimana tenaga
cahaya daripada matahari boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Teknologi solar
hari ini mampu dihasilkan dengan bahan yang lebih murah dan lebih efisyen. Ini bermakna
lebih banyak tenaga elektrik dapat dihasilkan untuk setiap keluasan cahaya yang
digunakan. Tenaga solar sering digunakan untuk peralatan seperti kalkulator,
jam, lampu taman, pemanas air dan sebagainya. Hari ini dengan kepesatan
teknologi solar ia turut digunakan untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan
bangunan-bangunan dan juga keseluruhan isi rumah. Terdapat juga penghasilan
tenaga solar dalam skala yang lebih besar dilakukan.
Jadi bagi anda
yang meminati dunia inovatif adakalanya perlu memandang ke belakang untuk
memastikan ruang yang masih perlu diperbaiki. Sememangnya banyak lagi perkara
yang perlu ditemui dan mungkin ia berada di sekeliling kita setiap hari.
Melalui pengamatan, penghayatan beserta ketekunan mungkin suatu hari anda akan
menemui pula perkara-perkara baru yang boleh membawa kepada perubahan gaya
hidup manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan