Tahukah anda bahawa Maybank ada menyediakan
perkhidmatan pengeluaran tunai tanpa kad yang dinamakan "Cardless
Withdrawal" atau Pengeluaran Tanpa Kad. Bayangkan sekiranya anda tiba-tiba
perlu mengirim wang kepada anak anda yang sedang belajar di Bandar yang
berjauhan. Jadi anda boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan pantas, mudah
dan selamat.
Perkhidmatan ini adalah yang pertama seumpamanya di
Malaysia yang akan membolehkan pelanggan bank untuk melaksanakan bayaran pindahan
dana kepada orang ketiga dengan mudah.
Perkhidmatan baru ini akan merevolusikan cara orang
ramai menghantar dan menerima wang kerana anda hanya perlu mempunyai telefon
bimbit untuk menerima dana, walaupun anda bukan seorang pelanggan Maybank. Ya,
penerima hanya perlu memiliki telefon bimbit untuk menerima kod pindahan dari
anda sebelum mengeluarkan wang yang dikirim di mesin ATM yang mempunyai
perkhidmatan ini.
Pengeluaran Perkhidmatan "Cardless"
membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pindahan dana kepada mana-mana
nombor mudah alih di Malaysia. Setelah pemindahan dilakukan, penerima akan
menerima kod yang selamat melalui SMS untuk melakukan pengeluaran
"Cardless" di mana-mana mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa
memerlukan Kad ATM.
Ini adalah cara yang cepat dan mudah untuk menghantar
wang tunai kepada keluarga dan rakan-rakan anda apabila mereka paling
memerlukannya. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar
wang tunai kepada diri sendiri setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM bersama
anda!
Berikut adalah cara asas bagaimana anda boleh mula
menggunakan Perkhidmatan Cardless Maybank:
1. Penghantar memulakan fungsi 'Pengeluaran Cardless' dari Maybank2u .
2. Penerima menerima pemberitahuan SMS. Pengirim
menerima kod pengeluaran.
3. Penerima mengeluarkan wang tunai di mesin ATM
Maybank dengan memasukkan kod.
Anda boleh melihat "link" atau pautan
"Cardless Witdrawal" di dalam menu "Transfer" di Maybank2u.
Sudahkah mesin ATM Maybank di kawasan anda mempunyai
perkhidmatan "Cardless Withdrawal" ini?
Sebarang maklumat lanjut anda bolehlah menyemak
perincian dari Maybank.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan