Dr Masatoshi menunjukkan gigi dinasor sewaktu mendedahkan penemuan itu di Universiti Malaya. Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR |
Penemuan fosil dinasour pertama di Malaysia
telah diumumkan oleh Prof. Madya Dr Masatoshi Sone dari Jabatan Geologi
Universiti Malaya baru-baru ini. Ekspedisi yang dimulakan sejak Setember 2012
itu akhirnya mendedahkan penemuan mereka di Negeri Pahang (salah satu negeri
yang masih dipenuhi dengan hutan simpanan terbesar di negara ini).
Kerajaan Negeri Pahang telahpun memberi
kerjasama bagi mengelakkan kawasan penemuan tersebut daripada dicerobohi oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana kerja-kerja mencari
tingalan fosil tersebut perlu dilakukan dengan cermat dan oleh kakitangan yang
terlatih bagi mengelakkan kerosakan kepada tinggalan fosil tersebut.
Fosil yang dikatakan dimiliki oleh dinasour
jenis spinosauridae itu adalah berasal daripada lewat era Mesozoic dan berkemingkinan
besar dari tempoh Cretaceous – iaitu selepas tempoh Jurassic. Era Mesozoic yang
adalah diantara 252.2 – 66 juta tahun dahulu yang mengandungi tempoh Triassic,
Jurassic dan Cretaceous. Dakwaan ini adalah berdasarkan daripada enapan di mana
fosil tersebut dijumpai.
Perbangingan saiz spesis-spesis spinosaurus berbanding manusia. |
Bagi yang meminati dunia perfileman pasti
pernah melihat dinasour seumpama ini di dalam filem Jurassic Park 3, di mana ia
merupakan antara dinasour terbesar dan mempunyai muncung yang panjang seperti
buaya. Sekiranya penemuan ini dapat mengesahkan keseluruhan struktur dinasour tersebut
dan taburan kehidupan mereka yang menjangkau sehingga ke bahagian Asia
Tenggara. Ini kerana sebelum ini penemuan fosil juga pernah dilaporkan di
Thailand dan Laos malangnya tapak penemuan tersebut telah diganggu oleh orang
ramai dan merosakkan tapak tersebut.
Apa Yang Menyebabkan Fosil Sukar Ditemui
Keseluruhan rangka spinosaurus yang lengkap dipasang. |
Fosil hanya boleh ditemui sekiranya
pergerakan kerak bumi membawa semula lapisan tanah (sediment) yang mengandungi
fosil ke permukaan. Faktor cuaca juga memberi pengaruh yang besar dalam
memastikan fosil dapat terbentuk dan tidak rosak semasa timbul semula ke
permukaan bumi.
Seperti yang dapat kita saksikan fosil yang
berusia jutaan tahun ini bukanlah mudah untuk dikenalpasti melainkan daripada
mereka yang terlatih dan dapat membezakan antara batu biasa daripada fosil yang
terbentuk daripada hasil tinggalan haiwan purba. Sehubungan itu adalah diharap
penemuan seperti ini dapat dipelihara dengan baik dan diserahkan kepada mereka
yang mempunyai kepakaran bagi memastikan ianya dapat dijalankan dengan lancar.
Faktor cuaca di negara kita juga tidak
menjamin fosil yang terdedah dapat kekal dalam keadaan yang selamat untuk tempoh
jangka masa yang panjang. Maka dengan itu kepekaan orang ramai juga penting
dalam membantu penemuan seperti ini. Penemuan-penemuan seperti ini dapat
membantu kita mengenalpasti keadaan geologi negara kita dimasa lampau
seterusnya mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan seperti pergerakan kerak bumi,
kejadian gempa bumi dan sebagainya.
Kemungkinan Yang Lain
Dengan penemuan ini maka tidak mustahil
banyak lagi fosil-fosil yang terdapat di seluruh kawasan di negara kita. Maka
adalah diharap orang ramai dapat menghubungi badan-badan yang sepatutnya sekiranya
menemui sebarang fosil dan tidak menjalankan penggalian sendiri. Manakala pihak
berwajib bolehlah memberikan orang ramai maklumat yang tepat mengenai cara-cara
mengenalpasti dan memelihara tapak fosil dengan selamat. Melalui penglibatan
orang ramai dan badan-badan yang dipertanggungjawabkan diharap lebih banyak
penemuan diperolehi di masa-masa akan datang.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan