Produk kesihatan merupakan keperluan
penting dalam kehidupan dunia moden. Aktiviti seharian dan pemakanan yang kita
makan seharian sahaja tidak dapat memenuhi kesemua keperluan badan seperti yang
diperlukan. Sebab itulah bantuan pemakanan tambahan amat penting bagi
memastikan keperluan zat pemakan yang lengkap.
Ada beberapa faktor yang perlu difikirkan
dalam mecari produk pemakan tambahan yang sesuai. Ini kerana kita masih boleh
mendapat sebahagian zat makanan daripada pemakanan harian kita – ada kalanya
zat ini diambil secara berlebihan seperti karbohidrat, gula, lemak dan beberapa
zat yang lain mengikut gaya pemakanan seseorang. Ketidak seimbangan dari semua
jenis zat pemakanan yang diperlukan inilah yang menyebabkan masalah-masalah
kesihatan boleh berlaku.
Pemilihan Zat Pemakanan:
Zat pemakanan yang diperlukan adalah mengikut kesan kekurangannya kepada kesihatan dan jumlah yang diperlukan oleh
sesorang adalah berbeza-beza. Ini kerana terdapat juga zat pemakanan yang boleh mendatangkan mudarat
sekiranya diambil dalam jumlah yang tinggi. Zat pemakanan dari jenis larut
dalam minyak terutamanya perlu diambil dalam jumlah yang mencukupi sahaja –
pengambilan berlebihan akan mendatangkan masalah. Manakala zat pemakanan yang
larut dalam air pula akan dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan dan
pengambilan yang berlebihan adalah merupakan satu pembaziran.
Proses Penyediaan
Bukan semua penyediaan produk pemakanan
adalah sama dan boleh memberikan zat pemakanan yang diperlukan oleh badan
secara optimum. Kebanyakan penyediaan produk makanan tambahan moden menggunakan
bahan yang lebih mudah diserap oleh badan seperti menggantikan vitamin-C
daripada ‘ascorbic acid’ kepada ‘ calcium ascorbate’ dan menggunakan susu
tanpa laktosa ataupun proses pengasingan sesetengah nutrient daripada bahan
makanan untuk mendapatkan konsentrasi nutrient yang tinggi. Makanan tambahan
ini juga boleh dinikmati dengan cara yang lebih disukai oleh individu.
Perlumbaan industri produk kesihatan adalah
menyediakan produk-produk yang mampu menyediakan zat pemakanan yang optimum
dari segi khasiat mahupun konsentrasi zat pemakanan yang diperlukan. Setiap
produk yang dihasilkan cuba memberikan faedah yang lebih kepada pengguna
melalui kajian-kajian berterusan dalam memperbaiki kualiti produk mereka untuk
faedah pengguna. Mari kita lihat beberapa makanan tambahan yang dapat membantu
kita mengekalkan kesihatan yang seimbang daripada Shaklee.
Kaedah mudah untuk mendapat kebaikan kacang soya. |
ESP – Soy Protein Isolate Powder
Makanan tambahan ini menyediakan bekalan
protein yang bukan daripada sumber haiwan – jadi ianya bebas daripada lemak,
bebas laktosa dan juga kolestrol. Menggunakan soya yang bukan dari sumber soya
GMO (Genetically Modified Organism) dan proses pembesaran soya-soya ini
dipantau bagi memastikan ianya bebas daripada penggunaan bahan kimia. Ianya
amat sesuai sebagai makanan tambahan dalam membekalkan tenaga seharian dan dalam
membantu mengurangkan masalah berat badan. Bagaimana!
- Protein membekalkan tenaga kerana ia mempunyai GI (Glycemic Index) yang rendah ini bermakna tenaga dibebaskan secara perlahan-lahan ke dalam darah dan mengelakkan anda daripada merasa lapar untuk tempoh masa yang lebih panjang berbanding makanan karbohidrat.
- Ia juga membantu mengurangkan kolestrol dengan kandungan fiber dari kacang soya yang tinggi.
- Mengandungi lima vitamin B penting, kalsium dan isoflavones. Ia juga dikatakan membantu menstabilkan penghasilan hormon semasa tempoh putus haid.
- Pengambilan pemakanan ini dapat mengurangkan pengambilan makanan karbohidrat lain seperti nasi – sekiranya anda dapat mengamalkan cara pemakanan yang sihat.
Mengembalikan kesegaran badan dengan Alfalfa. |
Alfalfa Complex
Alfalfa menyediakan zat pemakanan yang
pelbagai disamping sumber klorofil yang dapat membantu menyah toksid di dalam
badan dengan berkesan. Pokok Alfalfa mempunyai akar yang mengunjur sedalam 6
meter ke dalam tanah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral sementara daunya
mengumpul klorofil melalui proses fotosintesis. Ia juga merupakan sumber yang
membekalkan vitamin A, C dan E serta kalsium, potassium, fosforus dan zat besi.
Afalfa adalah tumbuhan yang mampu bertahan
untuk tumbuh di kawasan dengan iklim yang ekstrim. Sehubungan itu alfalfa
dilengkapi dengan kemampuan untuk menyerap nutrient yang dalam di dalam tanah serta
kemampuan melakukan fotosintesis yang lebih efisyen.
Alfalfa Complex merupakan antara produk
terawal yang dibangunkan oleh Skahlee sejak dari tahun 1950’an lagi dalam menyediakan
makanan tambahan kesihatan. Oleh kerana Alfalfa merupakan sumber klorofil yang
baik – ini dapat membantu membersihkan darah dan seterusnya mengembalikan kesegaran
badan dan daya tahan badan.
*Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang
menghidap lupus erimatosus sistematik perlu meminta khidmat rundingan pakar
sebelum mengambil produk ini.
Shaklee
Shaklee merupakan satu jenama produk kesihatan
yang telah dibangunkan sejak hampir 60 tahun oleh Dr. Forrest C. Shaklee dengan
falsafah “Hidup Harmony dengan Alam Semulajadi” terus berusaha untuk
menghasilkan produk yang membantu manusia untuk hidup sihat dan ceria.
Syarikat ini terus berusaha dalam
membangunkan produk-produk yang inovatif sesuai dengan peredaran zaman dan gaya
hidup masyarakat masa kini. Membelanjakan jutaan ringgit dalam membuat ujian
klinikal untuk pembangunan produk-produk mereka. Ia juga turut membantu dalam
penghasilan kajian-kajian lain dalam usaha membantu industri kesihatan sebagai
contoh dalam menyumbangkan penyeledikan mereka untuk ‘Nutrition Journal’.
Anda boleh melihat banyak lagi
produk-produk yang lebih inovatif dari rangkaian produk berkualiti tinggi yang
dihasilkan oleh Shaklee yang pasti dapat memberikan anda faedah dalam
kesihatan. Sehubungan dengan itu apa yang penting bagi anda sebelum memilih
produk kesihatan anda antaranya adalah bagaimana ianya dihasilkan.
Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut
mengenai rangkaian produk kesihatan Shaklee anda bolehlah menghubungi pengedar
Shaklee yang sedia membantu anda dengan kemusykilan anda dalam memenuhi segala
keperluan mengikut gaya hidup, pekerjaan, jantina dan juga matlamat kesihatan
yang ingin anda capai.
Untuk keterangan lanjut hubungi:
Asnida Abd. Rahman: +60173097530
(sms/whatsapp)
Atau fanpage di Facebook
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan