Walnut yang masih di atas pokok. |
Sebagai usaha untuk mempromosikan makanan
yang membantu meningkatkan kesihatan para pengguna saya memaparkan lagi
beberapa makanan yang dapat mempertingkatkan tahap kesihatan melalui khasiat
pemakanan yang terkandung di dalam makanan tersebut. Kali ini kita akan melihat
pula tentang khasiat kekacang yang dikenali sebagai walnut. Seperti juga
kekacang yang lain, walnut kaya dengan protein dan khasiat yang membantu untuk
kecerdasan otak.
Persian atau English walnut, Juglans
regia
|
|
Nilai nutrient untuk
setiap hidangan
|
|
Saiz hidangan
|
100 grams
|
Tenaga
|
2,738 kJ (654 kcal)
|
Karbohidrat
|
13.71
|
- Starch
|
0.06
|
- Gula
|
2.61
|
- Laktosa
|
0
|
- Dietary fiber
|
6.7
|
Lemak
|
65.21
|
- tepu
|
6.126
|
- monounsaturated
|
8.933
|
- polyunsaturated
|
47.174
|
Protein
|
15.23
|
Air
|
4.07
|
Alcohol
|
0
|
Caffeine
|
0
|
Vitamin A equiv.
|
1 μg (0%)
|
Vitamin A
|
20 IU
|
- beta-carotene
|
12 μg (0%)
|
- lutein and zeaxanthin
|
9 μg
|
Thiamine (vit. B1)
|
0.341 mg (30%)
|
Riboflavin (vit. B2)
|
0.15 mg (13%)
|
Niacin (vit. B3)
|
1.125 mg (8%)
|
Pantothenic acid (B5)
|
0.570 mg (11%)
|
Vitamin B6
|
0.537 mg (41%)
|
Folate (vit. B9)
|
98 μg (25%)
|
Vitamin B12
|
0 μg (0%)
|
Vitamin C
|
1.3 mg (2%)
|
Vitamin D
|
0 μg (0%)
|
Vitamin D
|
0 IU (0%)
|
Vitamin E
|
0.7 mg (5%)
|
Vitamin K
|
2.7 μg (3%)
|
Kalsium
|
98 mg (10%)
|
Zat Besi
|
2.91 mg (22%)
|
Magnesium
|
158 mg (45%)
|
Manganese
|
3.414 mg (163%)
|
Fosforus
|
346 mg (49%)
|
Potassium
|
441 mg (9%)
|
Sodium
|
2 mg (0%)
|
Zinc
|
3.09 mg (33%)
|
Satu perkara yang anda perlu ketahui
mengenai makanan yang kaya dengan protein adalah ia boleh membantu anda merasa
kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama berbanding dengan makanan yang kaya
dengan karbohidrat. Dengan kata lain, ia dapat membantu mencegah anda daripada
terus makan tanpa henti – secara tidak langsung ia membantu anda mengawal berat
badan. Protein tumbuhan juga kurang lemak, manakala bagi kekacang ianya adalah
dalam bentuk lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan jantung anda.
Seperti yang saya katakan di dalam artikel
mengenai kekacang badam, walnut juga merupakan antara makanan kegemaran bagi
para doktor dan profesional yang lain. Selagi ianya tidak ditambah garam
berlebihan (salted nuts) atau ditambah perisa lain (terutama MSG), ianya amat
baik untuk kesihatan anda juga. Pengambilan sedikit kekacang setiap hari dapat
membantu mengimbangi keperluan protein dan lemak tak tepu untuk kecerdasan otak
anda.
Walnut adalah kekacang yang padat dengan
nutrient: di dalam 100 gram walnut mengandungi 15.2 gram protein, 65.2 gram
lemak (terutamanya lemak tak tepu), 6.7 gram serat dan lain-lain mikro-nutrient
yang turut diperlukan oleh badan. Apa yang menariknya ia juga mengandungi Omega
3 dan Omega 6 yang baik untuk fungsi otak anda. Maka tidak hairanlah mengapa ia
menjadi pilihan snack kegemaran para doktor dan profesional.
Selain itu juga, berbanding dengan kekacang
yang lain walnut mengandungi antioksidan yang lebih tinggi dalam bentuk
antioksida bebas dan antioksidan terikat pada serat. Aktioksida baik untuk
mencegah kanser dan juga kerosakan sel-sel di dalam tubuh badan anda.
Agak sukar bagi kita untuk mengenali pokok
walnut ini kerana ianya tidak ditanam di Malaysia. Negara pengeluar walnut utama
dunia adalah China dengan jumlah pegeluaran sebanyak 2.55 juta tan metrik pada
tahun 2010, ini diikuti oleh Iran, United States, Turkey, Ukraine, Mexico,
Romania, India, Perancis dan Chile.
Bagi kita masyarakat Malaysia pemakanan
kekacang mungkin merupakan sesuatu yang janggal kerana ianya hanya biasa
digunakan di dalam penyediaan kuih-muih dan masakan seperti kek. Selain itu
juga harga kekacang ini agak mahal jika dibandingkan dengan makanan snack (makanan
ringan) yang lain. Namun begitu khasiat yang terkandung di dalam kekacang ini
adalah sesuai jika dibandingkan dengan harganya, malah anda hanya memerlukan
kuantiti yang sedikit sebagai makanan tambahan sahaja.
Isi walnut yang boleh dimakan. |
Begitulah serba sedikit mengenai walnut
yang ingin saya kongsi buat kali ini. Terdapat banyak lagi kekacang lain yang
akan saya kongsi untuk tatapan semua. Semoga pengetahuan ini dapat membantu
anda untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, lebih bermanfaat untuk diri anda
juga keluarga tersayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan