Bagaimana air ditapis melalui bebenang halus. |
Mungkin sehingga hari ini kita masih merasakan bahawa manusia tidak akan mampu bernafas di dalam air seperti ikan. Penggunaan peralatan SCUBA (Self-Contained Underwater Breathing Apparatus) merupakan salah satu usaha dalam mencapai matlamat ini. Memandangkan peralatan tersebut telah lama dicipta maka tibalah masanya peralatan pernafasan yang lebih canggih bagi menggantikan peralatan tersebut.
Mungkin itulah sumbangan cerita-cerita Sci-Fi yang kita lihat seperti cerita James Bond atau Star Wars yang menginspirasi penciptaan peralatan baru seperti mana yang digambarkan di dalam cerita tersebut. Peralatan yang digunakan Qui-Gonn Jinn untuk bernafas di dalam air sewaktu mengikuti Jar Jar Binks pulang ke kotanya di dalam air.
Bahagian-bahagian di dalam Triton Respirator. |
Air yang ditapis keluar di bahagian hadapan Triton. |
Alat yang dimaksudkan adalah dikenali sebagai Triton Oxygen Respirator yang direka oleh Jeabyun Yeon yang bertindak seperti insang tiruan bagi membantu manusia bernafas di dalam air untuk tempoh yang lebih lama. Berbanding menggunakan peralatan SCUBA tempoh penyelaman adalah bergantung kepada kuantiti udara yang disimpan di dalam tangki udara yang dibawa dan bersaiz agak besar.
Alat ini amat kecil dan mudah digunakan. Menggunakan pemampat mikro yang menggunakan kuasa bateri yang direka khas amat kecil dan efisyen. Pemampat ini akan mengumpulkan oksigen yang ditapis daripada air menggunakan batang kecil yang melunjur keluar yang bertindak sebagai insang. Hasil gabungan komponen-komponen ini mampu membekalkan jumlah oksigen yang cukup untuk digunakan semasa menyelam.
Rekabentuk Triton yang unik dan ringkas. |
Trtiton mudah digunakan dan bersaiz kecil. |
Ia berfungsi dengan menyedut air masuk melalui permukaan yang kelihatan seperti sisik ke dalam beberapa bahagian yang akan menapis oksigen daripada air menggunakan bebenang halus yang jauh lebih kecil daripada molekul air. Bekalan oksigen dipindahkan kepada pengguna dengan gigitan lembut pada Triton berbanding dengan menggunakan SCUBA yang memerlukan penyelam menghembuskan air keluar daripada peralatan mulut (mouthpiece).
Ia kelihatan menarik bukan! Tetapi udara yang kita gunakan untuk bernafas bukanlah 100% terdiri daripada oksigen dan ini boleh mengakibatkan keracunan oksigen. Pengukuran jumah tapisan oksigen perlulah tepat bagi memenuhi keperluan penyelaman yang menyeluruh (bagi kedalaman yang berbeza-beza).
Triton bakal menjadi peralatan penting para penyelam. |
Dengan adanya konsep rekaan ini bagaimanapun kemungkinan untuk ianya digunakan adalah cerah. Apa yang penting kajian dan inovasi berterusan dengan gabungan daya imaginasi kreatif dalam memindahkan apa yang dilihat daripada alam (insang pada ikan) dapat diapplikasikan untuk kegunaan manusia. Inilah hasil kajian teknologi nano yang membolehkan manusia mengolah penggunaan bahan pada tahap yang lebih halus.
Jika sebelum ini manusia telah berusaha untuk mereka cipta peralatan yang membolehkan mereka belayar di atas air dan terbang di udara mengapa tidak mereka akan terus berusaha untuk berenang seperti ikan. Semoga dengan rekaan seperti ini akan terus mencetuskan lagi bakat-bakat kreatif para peminat bidang reka cipta untuk mencipta peralatan yang membawa perubahan dalam kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan