Halaman

Khamis, 2 Januari 2014

Mengambil Gambar Di Dalam Laut Menggunakan Telefon Bimbit

Ovision yang direka menggunakan aluminum dan polycarbonate

Mengambil gambar menggunakan telefon bimbit di dalam laut mungkin akan menjadi satu perkara yang boleh dilakukan dengan peralatan aksesori yang bakal dihasilkan iaitu sebuah casing yang direka khas. Walaupun casing ini direka untuk iPhone ini bermakna, alatan yang sama juga akan direka untuk telefon-telefon terkenal yang lain terutama Samsung, Sony dan sebagainya.

Menggunakan sebuah casing yang direka menggunakan aluminum dan polycarbonate yang membolehkan aplikasi kamera digunakan sewaktu anda menyelam peralatan ini mampu bertahan di dasar laut sehingga kedalaman 91 m (300 kaki) ke dasar laut. Di mana kedalaman biasa penyelaman adalah di antara 30 – 50 meter sahaja. Ini bermakna peralatan ini direka untuk ketahanan yang mampu bertahan dengan tekanan yang tinggi.
Bahagian belakang yang di mana bahagian kanta kamera berada

Aksesori tambahan bagi membolehkan peralatan lain ditempatkan

Selain itu juga ia menyediakan slot-slot yang membolehkan sekiranya penambahan aksesori pencahayaan. Ruang dalaman juga disediakan bahan getah bagi mengelakkan telefon daripada hentakan semasa berada di dalam ‘casing’ ini nanti. Salutan getah juga dilengkapi pada bucu casing bagi memastikan air tidak memasuki bahagian dalaman semasa digunakan.

Semasa di dalam air, telefon boleh diatur menggunakan bebutang khas yang disediakan daripada ‘stailess steel’ yang tahan karat. Applikasi yang sesuai juga akan disediakan bagi memastikan telefon boleh diatur menggunakan empat bebutang khas ini untuk tujuan mengambil gambar, merakam dan memeriksa hasil gambar semasa di dalam laut. Penapis warna merah juga boleh ditambah bagi mengurangkan warna biru laut sebagai aksesori tambahan.

Gambar yang diambil menggunakan Ovision

Peralatan yang boleh dikatakan unik ini adalah direka oleh Perre-Yves Pépin dan rekaannya diberikan nama Ovision. Walaupun rekaan ini masih dalam perancangan dan dibawah pengumpulan dana Kickstarter, produk ini dilihat sebagai satu petanda baik bagi peminat sukan air dan penyelam memandangkan kos untuk sebuah kamera di dasar laut adalah jauh lebih tinggi.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini bolehlah menghulurkan dana untuk projek Ovision atau menunggu sehingga produk ini berada di pasaran (dengan harga yang lebih mahal). Ya, anda juga mungkin merasa lebih berbangga sekiranya anda merupakan antara penyumbang kepada produk ini apabila ianya berada di pasaran kelak.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan