Ovision yang direka menggunakan aluminum dan polycarbonate |
Mengambil gambar menggunakan telefon bimbit
di dalam laut mungkin akan menjadi satu perkara yang boleh dilakukan dengan
peralatan aksesori yang bakal dihasilkan iaitu sebuah casing yang direka khas.
Walaupun casing ini direka untuk iPhone ini bermakna, alatan yang sama juga
akan direka untuk telefon-telefon terkenal yang lain terutama Samsung, Sony dan
sebagainya.
Menggunakan sebuah casing yang direka
menggunakan aluminum dan polycarbonate yang membolehkan aplikasi kamera digunakan
sewaktu anda menyelam peralatan ini mampu bertahan di dasar laut sehingga
kedalaman 91 m (300 kaki) ke dasar laut. Di mana kedalaman biasa penyelaman
adalah di antara 30 – 50 meter sahaja. Ini bermakna peralatan ini direka untuk ketahanan
yang mampu bertahan dengan tekanan yang tinggi.
Bahagian belakang yang di mana bahagian kanta kamera berada |
Aksesori tambahan bagi membolehkan peralatan lain ditempatkan |
Selain itu juga ia menyediakan slot-slot
yang membolehkan sekiranya penambahan aksesori pencahayaan. Ruang dalaman juga
disediakan bahan getah bagi mengelakkan telefon daripada hentakan semasa berada
di dalam ‘casing’ ini nanti. Salutan getah juga dilengkapi pada bucu casing
bagi memastikan air tidak memasuki bahagian dalaman semasa digunakan.
Semasa di dalam air, telefon boleh diatur
menggunakan bebutang khas yang disediakan daripada ‘stailess steel’ yang tahan
karat. Applikasi yang sesuai juga akan disediakan bagi memastikan telefon boleh
diatur menggunakan empat bebutang khas ini untuk tujuan mengambil gambar,
merakam dan memeriksa hasil gambar semasa di dalam laut. Penapis warna merah juga boleh ditambah bagi mengurangkan warna biru laut sebagai aksesori tambahan.
Gambar yang diambil menggunakan Ovision |
Peralatan yang boleh dikatakan unik ini
adalah direka oleh Perre-Yves Pépin dan rekaannya diberikan nama Ovision.
Walaupun rekaan ini masih dalam perancangan dan dibawah pengumpulan dana
Kickstarter, produk ini dilihat sebagai satu petanda baik bagi peminat sukan
air dan penyelam memandangkan kos untuk sebuah kamera di dasar laut adalah jauh
lebih tinggi.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk
ini bolehlah menghulurkan dana untuk projek Ovision atau menunggu sehingga
produk ini berada di pasaran (dengan harga yang lebih mahal). Ya, anda juga
mungkin merasa lebih berbangga sekiranya anda merupakan antara penyumbang
kepada produk ini apabila ianya berada di pasaran kelak.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan