Bagaimana helmet 'Iron man' dibuat |
Sut 'Iron man' merupakan impian ramai peminat
pengumpul barangan kostum untuk ‘cosplay’ dan juga sebagai koleksi tambahan
bagi peminat-peminat ‘Sci-fi movie’. Mungkin memiliki sut-sut ini menjadi satu
kegilaan peminat maka ada pengeluar yang cuba menghasilkan sut yang sebaik
mungkin bagi memberikan kepuasan. Maka dengan itu sut 'Iron man' kini boleh
ditempah dengan harga USD2,000 dengan kualiti yang memuaskan. Untuk memastikan
kualiti yang sememangnya terbaik tempahan ini akan mengambil masa setahun.
Mungkin itu anggaran masa yang diberikan bagi mengelakkan peminat yang tidak
boleh bersabar menunggu. Jadi, diharap syarikat yang mengeluarkan sut ini akan
mampu memenuhi tempahan tersebut lebih awal.
Sehubungan itu pengeluar memerlukan
sekurang-kurangnya 5,000 tempahan (pada
harga USD2,000) sebelum boleh menjalankan ‘mass-production’ yang mengambil masa
kira-kira 8 bulan. Ini kerana suit ini sut ini adalah dari polimer yang diperkuat
dengan ‘carbon fiber’ manakala penyambungnya pula adalah daripada bahan logam
dan dalaman yang diselaputi dengan kusyen penyerap. Maka tidak hairanlah
mengapa harganya begitu mahal memandangkan kualiti sut ini seolah-olah sut ‘Iron man’
yang asli seperti yang disaksikan dalam ‘Iron man III’.
Bukan itu sahaja sut ini juga dilengkapi
dengan ‘touch activated helmet’ yang dilengkapi dengan “intelligent” LED yang
menghidupkan lagi sut ini. Malah ia juga dilengkapi dengan ‘rocket thruster’
sama seperti sut asli ‘Iron man’ yang akan keluar dari belakang sut ini. Sut ini
direka bagi mereka yang bersaiz 5’5” dan 6’1”. Mungkin saiz-saiz lain akan
disediakan kemudian sekiranya sut ini dapat dihasilkan secara besar-besaran.
Walaubagaimanapun tempahan untuk helmet sahaja turut disediakan pada harga
USD1,800. Hmm, baik ambil sut sekali.
Sekiranya anda tidak mahu berada dala baris
menunggu maka anda bolehlah memesan sut ini untuk tempahan ekspress pada harda
USD35,000. Wah, itu harga beberapa buah kereta Kancil. Tetapi sut sebenar ‘Iron man’
mungkin bernilai jutaan ringgit?!..
Ianya dihasilkan secara cetakan 3D yang
semakin popular. Walaubagaimanapun untuk menghasilkan keseluruhan sut yang
menarik ini memerlukan rekaan yang benar-benar rumit. Mungkin nanti kita akan
lihat beberapa lagi rekaan cetakan 3D yang menarik hasil kreatviti yang
memanfaatkan kemajuan teknologi ini.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan