Salji yang turun di Sa Pa, Vietnam |
Memang salji biasa turun di Vietnam kerana
Vietnam merupakan satu negara yang besar yang mengunjur dari Selatan ke Utara
dan bersempadan dengan negara China. Terdapat bahagian-bahagian daerah di
Vietnam yang mempunyai suhu di bawah takat beku pada musim sejuknya dengan suhu
purata di sehingga -2.2°C pada bulan-bulan Desember dan Januari.
Kawasan penanaman padi di lereng bukit dipenuhi salji |
Daerah yang terkenal di Vietnam dengan suhu
sejuk ini lebih dikenali sebagai Sa Pa terletak di Utara Vietnam (22°21’N
103°52’E) dan terletak kira-kira 3,143 meter dari aras laut, manakala Bandar Sa
Pa pula terletak pada 1,500 meter dari aras laut, menjadikan daerah ini
mempunyai cuaca yang agak dingin. Namun baru-baru ini salji turun diluar
jangkaan biasa kerana bulan December juga merupakan musim kering di daerah Sa
Pa. Jadi keadaan ini menyebabkan ianya mendapat liputan meluas daripada media
dan menarik ramai pengunjung menuju ke daerah tersebut untuk menyaksikannya
sendiri.
Memandangkan keadaan ini adalah luar biasa
walaupun suhu sekitar sememangnya di bawah paras beku, namun jarang sekali
salji turun dengan lebat sehingga menutupi landskap sekitar kerana kebiasaannya
musim dingin juga merupakan musim kering di sini. Keadaan ini menyebabkan para
petani mengalami kerugian akibat kerosakan tanaman serta kematian binatang
ternakan. Salji yang menutupi kawasan pertanian menyebabkan tanaman musnah
manakala binatang ternakan pula mati kesejukan. Manakala salji yang turun juga
menyukarkan lagi kenderaan yang datang ke sini untuk menyaksikan keadaan ini menyebabkan
kesesakan lalu lintas.
Pengunjung yang ingin melihat keadaan salji di Sa Pa. |
Salji menyebabkan banyak kerosakan mungkin
kerana ia bukan keadaan yang biasa di sini. 50 hektar kawasan tanaman rosak
yang terdiri daripada buah-buahan, rose dan tanaman lain. Ini menyebabkan lebih
dari 50 keluarga terpaksa menunggu sehingga salji cair untuk memulakan semula
tanaman.
Musim sejuk kali ini bermula daripada
pertengahan December yang menyaksikan penurunan suhu di bawah takat beku
sehingga -5°C dan kekal di bawah takat beku. Keadaan ini menyebabkan sekolah
ditutup bagi mengelakkan masalah berkaitan kesihatan kepada para pelajar.
Kebanyakan penduduk di Sa Pa adalah petani
yang mengusahakan pelbagai jenis tanaman memandangkan cuaca di Sa Pa yang
membolehkan pelbagai tanaman hidup subur di sini. Tanaman utama di sini
termasuklah padi dan jagung selain daripada tanaman lain untuk dijadikan
sebagai sayuran dan sumber pendapatan petani di sini.
Tanaman rose yang rosak akibat salji |
Sa Pa adalah sebuah Bandar kecil di kawasan
pegunungan atau lebih tepat lagi ianya adalah penghujung pada Banjaran
Himalaya. Dihuni oleh penduduk sekitar 36,000 orang yang terdiri daripada
pelbagai etnik antaranya Kinh (Viet), Hmong, Doa, Tay, Giay dan juga Xa Pho.
Sekitar 7,000 orang tinggal di Bandar Sa Pa manakala yang lainnya bertaburan di
sekitar daerah tersebut.
Sayuran yang ditutupi salji |
Mungkin kita menganggap pengalaman salji
turun ini sesuatu yang menarik untuk dialami. Tetapi jelas membuktikan apabila
ia berlaku tanpa diduga juga boleh mengundang pelbagai masalah. Apapun itulah
yang berlaku di persekitaran kita hari ini dengan cuaca yang tidak diduga dari
taufan di Filipina sehinggalah ke turunnya salji di Vietnam. Diharap semoga
semuanya dalam keadaan yang selamat hendaknya.
Antara petani yang memeriksa tanaman mereka |
Pemandangan daerah Sa Pa dalam cuaca yang baik berlatarbelakangkan pegunungan Fansipan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan