Bagaimana Tin Minuman Meletup? |
Mungkin sesuatu yang anda tidak sangka bahawa tin minuman
anda boleh meletup. Tetapi itulah yang boleh berlaku sekiranya tin minuman
disejukkan dengan pantas. Baru-baru ini pada 25hb Ogos, satu kejadian tin
minuman meletup berlaku di China dan mengakibatkan seorang kanak-kanak mendapat
38 jahitan. Kejadian ini dilaporkan ibunya bagi memberitahu ibu bapa lain supaya
dapat mengelakkan kejadian yang sama berlaku.
Menurut kajian dari apa yang berlaku, letupan tin tersebut
adalah disebabkan oleh tindakan penyejukan yang mengejut ke atas tin tersebut.
Ini mengakibatkan pengembangan karbon dioksida di dalam air berkarbonat menyebabkan
tekanan tinggi terhadap tin. Manakala cubaan membuka tin menyebabkan peluang
untuk gas termampat dapat menghambur keluar.
Dalam kejadian tersebut kanak-kanak yang cuba menyejukkan
minuman itu telah menyimpan minuman di dalam ruang pembekuan. Ini menyebabkan
pengembangan gas tersebut berlaku. Mungkin
kanak-kanak tersebut boleh selamat sekiranya minuman yang cuba disejukkan itu
adalah minuman dari jenis bukan bekarbonat.
Jadi kejadian ini mengingatkan kita bahawa sesetengah
minuman perlu disimpan dengan cermat malah selain dari pemanasan, suhu sejuk
yang melampau juga perlu diberikan perhatian. Seperti kejadian di atas, tin
tersebut mungkin tidak meletup sekiranya ianya tidak terus dibuka sebaik
dikeluarkan dari peti sejuk. Jadi jarang ada jalan pintas untuk sesuatu tujuan. Sila berhati-hati bila anda menyejukkan tin minuman anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan