Halaman

Ahad, 26 Ogos 2012

Bagaimana Deep Green Menghasilkan Tenaga Elektrik di Dalam Laut?

Deep Green bukan sekadar layang-layang dalam air.

Teknik penghasilan tenaga elektrik menggunakan sumber alam telah lama diusahakan oleh saintis dari serata dunia. Dalam usaha mencari kaedah yang lebih efisyen tenaga arus dasar laut digunakan oleh Deep Green bagi menghasilkan sumber elektrik. Seperti biasa turbin dijanakan daripada arus laut. Apa yang menarik Deep Green adalah sebuah laying-layang yang terbang di dalam arus tersebut.

Deep Green dimajukan oleh sebuah syarikat dari Sweeden iaitu Minesto. Minesto giat melakukan kajian penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga daripada arus/ ombak laut. Tidak seperti penjanaan tenaga daripada ombak, Deep Green boleh bergerak di dalam arus laut yang mampu menambahkan lagi hasil penjanaan tenaga. Apa yang menarik product ini telah dimajukan dan boleh beroperasi dalam arus yang bergerak pada 1-2.5 meter sesaat. Berbanding dengan generasi awal yang memerlukan arus yang lebih tinggi daripada 2.5 meter sesaat untuk berfungsi.

Pembangunan teknologi hijau begini adalah penting bagi memastikan pembekalan sumber tenaga dapat dilakukan tanpa bergantung kepada sumber bahan api fosil. Ini kerana bahan bakar berasaskan petroleum akan terus berkurangan berbanding harganya yang akan menjadi semakin meningkat. Manakala sumber tenaga yang dijana menggunakan arang batu pula dikatakan menjadi salah satu punca pencemaran.



Melalui kaedah penjanaan tenaga hijau memastikan banyak hasil kajian lain dapat diteruskan seperti penghasilan kereta elektrik, kerana sudah pasti kereta ini memerlukan sumber tenaga elektrik yang banyak pada masa hadapan. Walaupun kaedah penghasilan tenaga hijau yang lain turut giat dijalankan seperti tenaga suria dan juga tenaga angin, tenaga dari laut merupakan antara yang terpenting kerana 3 per 4 daripada keluasan bumi adalah diliputi oleh lautan.

Jadi sama-samalah kita nantikan projek ini yang bakal digunakan di England dalam masa yang terdekat. Apa yang pasti kos daripada perlaksanaan projek ini pastinya menelan belanja yang cukup besar. Sebagai masyarakat pengguna adalah penting bagi kita untuk terus menyokong sebarang usaha baik - sekiranya kita masih belum mampu menyumbangkan idea yang lebih bernas. Mari kita sama-sama saksikan video yang menarik ini.



MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan