Ahad, 27 September 2015

Destinasi - Hotel Kakslauttanen, Finland

Barisan 'Glass Igloos' di Kakslauttanen.

Sekiranya anda seorang yang meminati suasana alam semulajadi dan fenomena alam seperti ‘northen lights’ atau juga dikenali sebagai ‘Aurora Borealis’, hotel yang dikenali sebagai Glass Igloos, Kakslauttanen ini mungkin penginapan yang sesuai bagi anda. Ia bukan sahaja menyediakan penginapan, malah merupakan kemudahan yang paling sesuai untuk menyasikan fenomena ini dari dalam igloo anda.

Oleh kerana ia berada kira-kira 250 km dari Kutub Utara, cuaca di sini sememangnya teramat sejuk. Namun bagi pengemar fenomena alam ia adalah jauh lebih selesa berbanding berada di luar untuk menyaksikannya. Kemudahan penginapan igloo ini hanya dibuka untuk musim cahaya utara (northen lights) sahaja iaitu dari 20 August sehingga penghujung bulan April.


Pemandangan langit yang jelas dari dalam igloo.

Ruang dalaman yang selesa.

Fenomena Aurora Borealis yang menakjubkan.

Terdapat beberapa jenis igloo, bagi jenis biasa hanya terdapat tandas di dalam bilik, sauna dan bilik mandi berada di bangunan yang berlainan. Namun terdapat igloo bagi empat orang yang mempunyai tandas dan bilik mandi sendiri di dalamnya.

Setiap igloo dipasang dengan ‘thermal glass’ bagi memastikan suhu di dalam igloo berada pada keadaan yang lebih panas berbanding di luar. Ia juga mengelakkan daripada berlakunya frost untuk memastikan ia sentiasa jelas dan membolehkan anda melihat terus ke langit untuk memeriksa fenomena unik ‘Aurora Borealis’ dan juga bintang-bintang yang terdapat di langit.

Walaupun ia tidak sejuk berbanding suhu di luar, keadaan di sini masih lagi boleh dikatakan amat sejuk apabila suhu persekitaran boleh mencapai sehinggi -21 °F (kira-kira -29°C). Namun ia satu pengalaman yang berbeza yang mungkin sukar untuk anda perolehi selain dari di sini.

Hotel ini juga menyediakan pelbagai jenis penginapan unik termasuk igloo sebenar dari ice dan salji. Bagi yang ingin merasakan pengalaman unik ini bolehlah mencubanya – namun, anda perlulah bertahan dengan kesejukan yang mungkin anda terpaksa hadapi kerana suhu di dalam igloo adalah sekitar -3 °F (atau -19 °C).

Antara variasi penginapan di sini.

Ice Igloo untuk pengalaman berbeza.


Namun tiada yang dapat menyaingi pengalaman anda ketika berada di Kakslauttanen yang menyediakan pengalaman yang nyata berbeza. Malah adalah sukar untuk anda menikmati percutian seumpama ini tanpa kemudahan yang disediakan oleh hotel yang unik ini.


Link-link berkaitan:

- Destinasi - Fairy Chimney Hotel, Turkey

- Destinasi – 98 Acre Tea field Hotel in Sri Lanka

- Destinasi – Hotel Terapung di Zanzibar, Tanzania

- Destinasi – Amsterdam Zaandam Inntel Hotel, Netherlands




Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog